Monday, November 28, 2011
banyak cakap
banyak waktu yg habis mempertahankan hujah, alasan atau dialektika yakni tesis, antitesis dan sintesis. untuk membuktikan kebenaran kata-kata yg dilontar hujah dicari dengan sandaran alasan dan contoh-contoh, tetapi tak ke mana-mana, orang tulis buku sekurang-kurang ada ilmu yang dirakamkan untuk rujukan, pengembangan, penemuan dan pembaikan terhadap dunia ilmu. kita hanya berhujah untuk menunjukkan kehebatan diri, dan hujah-hujah itu pula hanya " cut and paste" dari guru-guru maya yg entah betul atau benarnya tanpa rujukan dan penelitian..maka lahirlah watak bodoh sombong atau ahmak seperti yg pernah disebut oleh raja ali haji..sikap nakmenang sendiri yg amat merugikan diri sendiri, orang yg banyak cakap hanyalah manusia yg mengalami masalah psikologi yg tak terselesaikan..yakni manusia yg menutup kekurangan dgn kata-kata dan tanpa disedari penyakitnya ini semakin parah tanpa dapat diubati kecuali dgn kesedaran dan kekuatan diri untuk berubah..
Sunday, November 27, 2011
Thursday, November 3, 2011
selamat hari raya aidil adha..mohon maaf zahir dan batin
sempena hari raya aidil adha pada 6 november 2011, ambo sekeluarga memohon maaf di atas segala kilaf dan silap..memaafkan kesalahan orang itu merupakan pengorban paling bermakna walaupun mereka tak pernah menghulurkan tangan..pesan gemuloh ayah ambo.