Tuesday, November 25, 2014
Sunday, November 23, 2014
Thursday, November 20, 2014
Tuesday, November 4, 2014
Sunday, August 3, 2014
Tuesday, April 22, 2014
Saturday, March 22, 2014
Teras Pisang Benggala/Gggala
apabila saya membaca "Malay Magic" Skeat 1900 pada
beberapa waktu yg lalu, saya mula mengkaji dan menggali beberapa kitab tib
melayu di beberapa perpustakaan termasuklah perpustakaan Negara Malaysia,
perpustakaan Universiti Maaya, menemui beberapa bomoh untuk mengetahui wujud
atau tidak wujudnya teras pisang dan khasiatnya dari segi perubatan melayu
tradisional. Dengan mengetahui jenis pisang, Tanah, usia dan factor lainnya,
saya memulakan ziarah ke kampong-kampong tradis ional atau kampong2terawal yg
wujud di negeri kelahiran saya.
"kerja
bodoh" dgn membeli perdu pisang dan kemudian upah gali dah jadi bahan tawa
orang kampong, banyak pokok pisang musnah begitu shj tanpa menemuikan sebarang
teras dan objek lain. Namun usaha saya berhasil apabila menemuikan teras pisang
yg pertama yg kini tersimpan dan sebagai cenderamata kepada mak mentua saya yg
juga pengamal perubatan altenatif, baunya harum seperti kek pisang. Selepas itu
gagal lagi menemukan sebarang teras sehingga bertemu yg terbesar ketika itu
yakni 11 kg di Jeli Kelantan. Kini menjadi milik sahabat saya di Johor.
Tiadak semua jenis
pisang yang terdapat di Malaysia berteras kecuali pisang ggala/benggala. Teras
pisang ini pada dasarnya banyak digunakan dalam rawatan perubatan untuk kaum
perempuan bagi penyakit prolap/peranakan turun, mengecutkan saluran peranakan
selepas bersalin dll. Kalau mengikut W Skeat, kegunaannya lebih banyak
berkaitan magis dan mistik.
Dalam pencarian
teras-teras ubat Melayu ini, mencari teras pisang ggalalah yg paling sukar dan
sulit berbanding teras pokok-pokok saka seperti kemuning hitam, memali, raja
kayu, keluat, gemunggal, penawar hitam dan lain2. Malah lebih sulit dan sukar
ditemui berbanding teras betik, sesudu, teras dll. Jadi tidak hairanlah ramai
yg sehingga ini belum pernah melihat apa yg dinamakan teras pisang dan
seringkali mereka katakana itu tidak benar dan bohong.Walaupun telah tercatat
dlm buku W skeat dan The Malayan Medicine 1930.Ini juga menunjukkan bahawa
sarjana Melayu amat kurang pengetahuannya tentang "dunia melayunya"...sekadar
tanggapan.