Thursday, December 17, 2009

Bulan Muharam Dalam Budaya Melayu

Masuknya waktu Solat Maghrib pada malam ini makan bermulalah bulan Muharam mengikut kalendar Islam. Iaitu bulan yang terjadinya 10 peristiwa besar dalam sejarah umat Islam, antaranya peristiwa Karbala di mana cucu nabi Muhammad S.A.W terbunuh dan kepalanya dipancung oleh tentera Yazid bin Muawiyah..peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam, bulan kelaparan yang kemudian diraikan dengan bubur Assyura dan banyak lagi upacara dan ritual yang dilakukan.

Bagi kelompok mistik, bulan ini adalah bulan yang paling penting bagi mereka, apatah lagi 1 muharam jatuh pada hari jumaat. Pertama, segala barangan terutamanya harus dibersihhkan (dimandikan) seafdalnya antara 1-10 muharam. Dimandikan dalam konteks ini bermaksud akan diadakan suatu bentuk upacara membersihkan, meminyak dan mengasap kemenyankan senjata tersebut dengan cara dan upacara tertentu, dengan doa atau mantera tertentu pula agar isi, yoni, khadam dan lain-lain lagi terus betah dan ampuh menghuni senjata tersebut terutamanya keris.

Pada malam ini juga diharapkan turun hujan. Air hujan ini disimpan untuk dijadikan penawar, air hujan ini juga diginakan untuk siraman barangan mistik seperti tasbih kayu koka, kemuning hitam, teras kelor, barangan lama ataupun apa sahaja termasuklah juga pelunggo lembu, untuk tujuan penunduk, pengasih, kebal, ilmu ghaib dan sebagainya.

Barangan yang bersifat wafak seperti pending, azimat, tangkal dan banyak lagi dimasukan isi atau disakralmistikan pada malam ini dengan membaca yassin, bismillah 6 dan sebagainya..sekadar menyebut beberapa perkara untuk renungan bersama...Selamat menyambut awal muharamm..

No comments:

Post a Comment