hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Saturday, January 30, 2010

geliga lipan

siang tadi ambo didatangi dua orang tetamu. biasalah sebagai peniaga kecil-kecilan kayu kemuning, keris sebilah dua, pendokok empat lima biji, sentiasa dikunjungi orang. kunjungan dua orang yang tidak dikenali ini ambo sambut seperti biasa sebagai tetamu dan seperti biasa jugadihidangkan kopi segera dan air mineral dlm botol. cara mudah kerana isteri ambo seorang guru dan juga student.

dia mengeluarkan sebiji botol yang bertutup dengan kain hitam. kecut juga hati ambo, manalah tahu nak jual jin ke atau jenis-jenis hantu..dia buka botol, terkejut juga ambo sekali lagi, di dalamnya adaseekor lipan sebesar ibu kaki dan panjangnya sekitar lapan inci. terfikir dalam hati, gila betul manusia nie, lipan pun dipelihara. dia menunjukkan sesuatu pada mulut lipan tadi, kelihatan sebuji batu sebesar biji beras. maka ambopun bertanya macamana dia dapat geliga sekali dengan lipan. jawabnya bertapa.

menarik juga ceritanya.lalu ambo tanya dia nak jual berapa, jawabnya RM1 juta. Hampir pengsan ambo. Nasib baik tak de darah tinggi dan lemah jantung kalau tidak terpaksa diusung dengan ambulan ke hospital.
Katanya lagi geliga ini boleh guna macam-macam, boleh buat narik duit, boleh jadi kebal, pendek kata semuanya boleh. katanya lagi tawaran yang dibuat pada ambo tu murah kerana kalau dijual di luar mungkin harganya 3 juta. manalah ambo ada duit sebanyak itu. gaji ambo sepanjang hayat put tak sampai.

ambo kata kenapa nak jual, kalau dah boleh panggil duit, emas dan sebagainya. dia jawab barang keras, mereka tak mampu menjaganya. ambo jawab, boleh cari tok guru untuk mengawal jika barang tu keras. kata mereka, mereka bukan kaki sembahyang, jadi tak sesuai. terfikir ambo apakah orang yang cukup iman, beramal soleh memerlukan barang seperti ini? renung-renungkanlah....

Thursday, January 28, 2010

meja kemuning


membaca tentang kesihatan terutamanya aroma terapi menarik minat saya untuk mencuba. berdasarkan penemuan di amerika, selain wangian bunga-bungaan, terapi juga boleh menggunakan bau-bauann semula jadi dari kayu-kayu tertentu terutamanya kayu-kayu exotic. lalu tongkol dan kepingan ini ambo jadikan meja, apatah lagi secara tradisionalnya kemuning mempunyai beberapa khasiat dari segi perubatan.

Monday, January 25, 2010

mistik kemuning?

ramai yang bertanya bagaimana menjadikan kemuning tu objek mistik? saya jawab saya tidak tahu, cuma kebanyakan yang membelinya dari saya bila ditanya, akan jawab nak buat tongkat, tasbih, batu cincin dan nak buat keris kayu kemuning untuk menghalang jin, bunian, orang halus dan lain-lain lagi. bagi saya kemuning hok saya pelajari secara budaya dan sedikit sainstifik adalah untuk perubatan, guna untuk mengurangkan cirit birit, menguatkan jantung dan sebagainya berdasarkan amalan orang dulu-dulu dan penemuan researh oleh sainstis, keduanya kemuning digunakan secara turun temurun untuk seni ukiran hulu dan sampir keris. tentang mistik nie saya tidak masuk campur, kerana kecondongan saya lebih kepada daya guna aktual dan seni garapannya..terserah masing-masing

Tuesday, January 19, 2010

racun melayu

semalam ambo dikejutkan dua panggilan talipon..satu dari teman yang menceritakan yang dia dibawa oleh sahabat untuk mendapatkan rawatan alternatif dari pusat rawatan terkemuka..sewaktu rawatan berlangsung dari mulutnya keluar darah bercampur rambut dan kaca. mengikutnya dia telah diracun entah oleh sapa dan tak tahu sebabnya. saya jawab mudah jee, mungkin rakan setugas di tempat kerjanya mungkin kerana iri dan dengki. ini kerana orang melayu yang dianggap halus tutur katanya masih boleh memberikan senyuman kepada musuhnya dan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. dan cara melayu membalas itu adalah cara halus dan lama menderita kesakitan. ini adalah kerana racun melayu itu lambat berkesan tetapi mengambil waktu yang lama untuk dirawat kerana ramuannya dari getah pokok, racun tumbuhan, bisa haiwan dsbnya.

panggilan kedua datangnya daipada orang yang tidak saya kenali ingin membeli kemuning batu atau cindai yang saya upload dlm multiply. saya sendiri sudah hampir lupa. saya tanya nak buat apa, dia jawab adalah..cindai atau kemuning batu adalah salah satu ramuan asas untuk membuat racun yakni gatalnya jika terminum, sulit untuk diubati, sama gatalnya dengan birah atau keladi gajah. keladi gajah jika terkena getahnya, gatalnya  bukan hanya boleh menghancurkan kulit tetapi daging hingga ke tulang...jadi berhatilah bila makan dan minum, berhati-hatilah dengan lembut gigi dari bibir....

Wednesday, January 13, 2010

perubatan alternatif

apakah wajah ambo seperti seorang dukun, bomoh atau pawang? Sehingga ramai yang menghubungi ambo untuk menyelesaikan masalah mistik, paranormal dan abnormal serta penyakit-penyakit lainnya. Ambo nyatakan di sini ambo bukan bomoh, dukun atau pawang, hanya seorang penyelidik untuk keperluan pengjaran dan penerbitan. untuk ini ambo berikan tiga orang pengamal perubatan alternatif:

Hj Halim no talipon 0192688850 PJ
Hj Mat no talipon 0123910449 Subang Jaya
Hjh Kalthom no talipon 0199327545 Machang, Kelantan.

Thursday, January 7, 2010

mengurus kemuning

aduhhh, ada pertanyaan dan soalan lagi tentang kemuning.macamana nak uruskan kemuning hitam pokok hidup agar terasnya tidak terbuang begitu sahaja jika dipotong untuk mengasingkan bahagian gubal yakni bahagian bukan teras? Mudah sahaja, tak perlu potong, tak perlu takek dengan golok atau parang. gunakan teknik alami, cari tempat yang banyak anai-anai, biarkan disitu, insyaalah akan habis bahagian gubal kemuning terutamanya kemuning hitam. tapi elakan dari semut hitam, kerana ada sejenis semut yang habitatnya makan teras kemuning hitam terutamanya bahagian tengah...kemuning hitam hok amba potong keping-keping macam biskut tu adalah hasil eksperimen dengan semut hitam...habis berlubang dari pangkal sampai hujung.

memotong kemuning juga harus pada waktu yang sesuai yakni kalau boleh pada waktu cuaca mendung atau pada musim hujan lebih baik. ini kerana kalau pemotongan pada cuaca panas atau suhu tinggi, dah memang habitat dan perangainya gitu, kemuning mudah retak dan pecah pada suhu tinggi apalagi kemuning yang belum cukup kering atau kemuning hidup.

sebab tu tukang ukir yang baik akan mengeringkan kemuning pokok hidup sekitar satu hingga dua tahun. setelah kemuning dipotong, jika bukan untuk tujuan perubatan harus disegerakan penyemburan clear yang di dalamnya mempunyai kandungan glue atau gam. ini dapat menyelamatkan kemuning dari retak.

untukmenutup lubang yang retak, mudah je masukan debu kemuning yang ditapishalus. gunakan gam pvc/paip air. jangan sekali-kali menggunakan supaglue, kerana nantinya akan menyulitkan kerja-kerja pengukir/ukiran.

selain dari itu, memotong dalam ukuran tebal lebih baik berbanding dengan ukuran nipis...antara beberapa tip hok ambo pelajari dari tukang ukir..

Wednesday, January 6, 2010

kepingan kemuning emas/hitam untuk dijual







lebar setiap keping antara 6-8in
tebal 1-1.5in
berat 150-300gram sekeping
harga: Hitam RM35 sekeping
emas RM30 sekeping dah termasuk pos laju emenanjung shj.
Kegunaan:
1. tasbih dan permata cincin
2. perubatan dan perbomohan
3. mistik
4. penawar racun dan bisa serangga
5. perhiasan dan pameran
6. khusus yang hitam untuk cirit birit dan rematik

memilih kemuning

ramai yang menalipon, sms dan email bertanyakan kemuningnya bagaimana harus dicari untuk mendapatkan end product yang berkualiti. Yang bagaimana harus dibeli atau dicari? Menarik juga pertanyaan ini! Jawapannya:
1. Kemuning yang usianya melebihi 60 tahun ke atas. Kenapa? Kemuning baru akan beteras sikitar usia 40 tahun ke atas itupun bergantung kepada daerah fizikalnya. Kalau di kampung-kampung yang tanahnya biasa tidak berbatuan dan jauh dari gua kemungkinan beterasnya melebihi dari usia tersebut. Mengetahui usia kemuning dan kayu lain secara manual adalah dengan membilang pusaran pada dagingnya. satu pusaran bererti sepuloh tahun. Untuk kemuning usia muda boleh digunakan tetapi dua bahagian pokok yang dicadangkan iaitu bahagian yang bercabang dan umbi yang dalam tanah. Bahagian ini mempunyai blak yang cantik. Tapi pastikan ianya benar-benar kering secara semulajadi di tempat teduh dan lembab kerana mudah retak dan pecah. Waktu untuk proses pengeringan ini sebaik-baiknya dua tahun.


2. Sesetengah orang akan mencari urat dan daging kemuning. Semakin tua kemuning semakin halus urat dan daging kayunya. Pemilihan urat dan daging kayu kemuning ini berdasarkan jenis dan daerah fizikalnya. Semakin berbatu daerah tumbuhnya semakin halus dan keras.



3. Blak atau plot. Semakin tua atau sukarnya daerah tumbuhnya pokok kemuning semakin cantik blak atau plotnya. Plot atau kemuning ini terhasil akibat "kesakitan" yang dihadapinya. Biasa keseluruhan kemuning yang beteras ada blaknya. Namun bahagian kemuning yang berblak cantik biasanya pada bahagian bercabang, ada buku (bonjolan) dan juga teras umbi termasuk akar.



yang penting dalam memperolehi ira, daging dan blak ini adalah cara pemotongan kemuning itu sendiri. Kemuning yang dipotong melintang akan menghasilkan blak yang berbeza berbanding dipotong bulat atau bujur. Malah sudut pemotongan samada 15 darjah, 45 darjah dan seumpamanya.
potongan membujur

potongan melintang

Saturday, January 2, 2010

berguru

ramai yang mengeloh bila bercakap tentang keris. ada terbeli keris mahal yang tidak berpatutan.ada yang terbeli keris baru, ada yang terbeli keris-kerisan. macamacam rungutan yang ambo dengar. dengan hanya berbekal minat tidak cukup. meminati sesuatu harus disertai ilmu pengetahuan walaupun tidak menyeluruh tapi tahu sedikit jenis-jenis bilah, jenis-jenis hulu sampir, jenis jenis kayu, kerana semua ini akan menentukan kualiti murah mahalnya sebilah keris.


berguru tak semestinya masuk kelas, bertanya, membuat perbandingan antara seorang penjual yang lain, masuk persatuan, tengok-tengok pameran dan juga pertandingan..paling tidak ada sebiji dua buku tentang keris. mungkin kali pertama tertipu, tetapi kali kedua lebih berhati-hati..kalau ada kesempatan bertemu terus dengan tukang-tukang, banyak ilmu keris yang bakal diperolehi...hobi mengumpul keris adalah hobi dan minat yang mahal, dengan ilmu yang dimiliki hobi mahal ini sebenarnya berbaloi dan boleh dijadikan pelaburan dan aset.

Jalan Mudah!!

Ramai yang nak cepat kaya dengan jalan mudah, lalu melakukan perkara-perkara berikut:
1. Main nombor
2. menarik wang ringgit dan harta karun
3. ternak toyol
5. berjudi
6. pinjam bank dan along
7. jadi pelacur
8. menipu dan manipulasi
9. beli dan menabung saham-saham yang tak jelas
10. mencuri dan merompak

Berapa ramai yang berjaya berdasarkan kegiatan di atas? Yang kebanyakannya merana, sengsara dan merempat...fikir-fikirlah, berhentilah dan berusaha mencari rezeki yang halal..

Friday, January 1, 2010

Rezeki

Setiap yang lahir ke dunia, telah disediakan rezeki untuk mereka oleh Allah samada melalui ibubapa atau melalui usaha mereka sendiri setelah dewasa. Namun ketentuan rezeki itu harus berusaha sebaik mungkin disertai dengan doa dan tawakal. Rezeki tidak datang bergolek dan tidak datang melintang atau membujur.

Usaha dengan jalan yang benar dan hak adalah mulia, yang halal masuk ke perut akan mencerdaskan minda menyihatkan badan, melapangkan kita untuk terus berusaha di samping menambahkan iman kepada Pencipta kita ini. Sikap bersyukur dan menerima apa jua keadaan akan memberikan ketenangan dalam hidup.

Mensejahterakan keluarga adalah tanggungjawab dan amanah yang paling besar..sempena tahun hijrah yang baru kita lalui dan tahun baru umum yang bermula hari ini marilah kita hijrah ke arah lebih sejahtera dengan rezeki yang lebih halal lagi berkat. Amin