semalam ambo dikejutkan dua panggilan talipon..satu dari teman yang menceritakan yang dia dibawa oleh sahabat untuk mendapatkan rawatan alternatif dari pusat rawatan terkemuka..sewaktu rawatan berlangsung dari mulutnya keluar darah bercampur rambut dan kaca. mengikutnya dia telah diracun entah oleh sapa dan tak tahu sebabnya. saya jawab mudah jee, mungkin rakan setugas di tempat kerjanya mungkin kerana iri dan dengki. ini kerana orang melayu yang dianggap halus tutur katanya masih boleh memberikan senyuman kepada musuhnya dan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. dan cara melayu membalas itu adalah cara halus dan lama menderita kesakitan. ini adalah kerana racun melayu itu lambat berkesan tetapi mengambil waktu yang lama untuk dirawat kerana ramuannya dari getah pokok, racun tumbuhan, bisa haiwan dsbnya.
panggilan kedua datangnya daipada orang yang tidak saya kenali ingin membeli kemuning batu atau cindai yang saya upload dlm multiply. saya sendiri sudah hampir lupa. saya tanya nak buat apa, dia jawab adalah..cindai atau kemuning batu adalah salah satu ramuan asas untuk membuat racun yakni gatalnya jika terminum, sulit untuk diubati, sama gatalnya dengan birah atau keladi gajah. keladi gajah jika terkena getahnya, gatalnya bukan hanya boleh menghancurkan kulit tetapi daging hingga ke tulang...jadi berhatilah bila makan dan minum, berhati-hatilah dengan lembut gigi dari bibir....
No comments:
Post a Comment