Thursday, April 8, 2010

pekakkan telinga butakan mata

dalam hidup ini kita takkan terlepas dari umpat keji, maki hamun, caci cerca dan macam-macam lagi. kadangkala kita sendiri tidak tahu puncanya. malah apa yang kita dengar umpatan orang tentang kita itu tidak berasas samasekali, ada yang dalam bentuk menghina dan merendahkan martabat sebagai manusia, bersifat hasad dan dengki, tak kurang pula hasutan dan fitnah. semua amat menyakitkan dan menyayat hati. namun akuilah bahawa kita tidak pernah sempurna, kita juga tidak terlepas dari pandangan orang, anggaplah semuanya asam garam kehidupan, yang penting kita tahu kedudukan kita, kita juga sentiasa berada dijalan yang benar mengikut agama, tak perlu gusar, marah-marah dan berdendam. dengan cara ini kita tidak akan merasai kesakitan dalaman. pekakkan telinga dan butakan mata, akan memberikan ketenangan dalam hidup dan daya tahan kita untuk terus hidup semaki kukuh dan ampuh....

No comments:

Post a Comment