Sunday, April 11, 2010

rangka dalam fikiran

hebatnya para pengukir melayu, dari sebiji hulu keris, binaan sebuah rumah, semuanya berdasarkan pelan ingatan dan kemahiran. tanpa melakar dulu di kepingan kertas, mereka telah faham peranan masing-masing, yakni dengan anggaran tertentu, tukang kayu akan memotong kepingan papan tertentu panjang, lebar dan tebal. bila sampai kepada tukang kepingan tadi dipotong, ditebuk dan seumpamanya sesuai dengan bahagian tertentu sebuah rumah iaitu tiang, dinding, gelegar yang melibatkan kasar jantang, perabung, pemelih. maka dibangunkan struktur asas, rumah bertiang empat, lapan, enam belas dan seumpamanya dan di tengah rumah itu terletaknya tiang seri. setiap bahagian pula misalnya pintu, sisik angin, tingkap, tebar layar dan seumpamanya diukir mengikut kesesuaian ukir kasar atau ukir halus motof pucuk rebung, bunga senduduk, ketam guri, bunga matahari dan seumpamanya.

hal yang sama ukur terakam pada seni tanah dan seramik, tenunan songket, canting batik dan juga seni kerawang pada logam seperti emas, perak, tembaga dan suasa.

kerana rangka dalam fikiran ini jugalah, sesuatu kemahiran dan teknik-teknik tradisi itu terus hilang apabila tokohnya meninggal dunia. ini berbeza dengan dengan cara moden, segala-galanya berdasarkan pelan, lakaran yang sistematik, jika tidak ada kemahiranpun seseorang itu boleh meniru, mempraktikan dan seumpamanya. walaupun tidak mempunyai objek yang sebenar, seseorang masih lagi boleh mengukir atau sebagainya kerana telah tersedia pelan, lakaran ataupun struktur binaannya.

No comments:

Post a Comment