ramai yang terkeliru bila memilih kepingan kemuning apabila memilih kepingan yang masih muda kerana warnanya yang lebih menyerlah dan plotnya yang lebih jelas. kemuning pokok muda hanya berteras sekitar usia 40 tahun. suatu hal yang harus dipastikan bahawa ianya benar-benar kering kerana proses pengering yang baik akan memakan masa antara 5-10 tahun dalam suhu bilik yakni 22-24 darjah. namun kebanyakan yang ada di pasaran adalah potongan kemuning yang langsung dipotong dari pokok hidup atau baru ditebang. namun begitu, sprayclear adalah salah satu langkah pengawetan untuk mengelakan kemuning pecah. jadi belilah kemuning yang telah disprayclearkan.
cuma kemuning yang telah disprayclearkan amat berbahaya untuk dijadikan ubat atau minyak urut kerana mengandungi racun. jadi sisa-sisanya tidak lagi dapat digunakan. ini merugikan kerana seluruh bahagian pokok kemuning mempunyai khasiat dari segi perubatan tradisional atau moden.
untuk tujuan ini juga disarankan mendapatkan kemuning dari pokok tumbang atau tua yang usianya melebihi seratus tahun.kemuning pokok tua lebih kuat dan tahan dari retakan kecuali dilatakan di tempat panas. serat dan plotnya lebih halus dan ianya lebih berat, amat sesuai dibuat hulu atau sampir, walaupun kerja mengukirnya lebih sukar tetapi ianya lebih cantik dan halus. ini juga bersesuaian untuk senjata tikam bahawa bahagian hulu keris harus lebih berat berbanding bilah keris atau parang dan senjata lainnya sesuai dengan konsep hunus tikam, tetak libas..
No comments:
Post a Comment