ungkapan di atas memberikan kesan yang mendalam, dalam membuat kebaikan pun berpada-pada, kena berhati-hati kerana akan menyulitkan kita dan kebaikan yang dilakukan akan berubah kepada keburukan dan mendapat dosa pula. misalnya sebagai contohnya seorang pelajar tidak cukup syarat kita usahakan masuk universiti, di samping mempunyai risiko tidak mampu mengikuti pengajian, juga akan menghadapi risiko tidak dapat pinjaman dan biasiswa. ini akan membebankan kita sebagai "cable" membawa masuknya. kita juga akan diminta oleh orang tuanya untuk tujuan itu, malah kita juga akan menanggung beban jika dia tidak mampu duduk di asrama, kewangan dan tempat bergantung, sehingga menjadi beban pula kepada keluarga kita, malah lebih parah lagi sampaikan pekerjaannya nanti kita harus usahakan.
ini antara salah satu beban yang seharusnya kita tanggung dalam berbuat baik..jadi kebaikan dan kebajikan juga harus dipilih dan berpada-pada kerana dengan sedikit kesilapan, nilai kebaikan dan kebajikan yang dilakukan itu sia-sia...renungan petang jumaat.
No comments:
Post a Comment