hp saya sekejap-kejap berbunyi, nasib baik saya bubuh nada deringnya lagu raya, tambahlah meriah sikit ketika puasa dan melebih 2/3 bulan..deringan itu tak lain dan bukan dari penjual-penjual yang juga individu yang nak lepaskan barang mereka seperti keris, batu cincin, badik, golok, parang, pendek kata semua jenis senjata tikam melayu..macam-macam cerita, asal usul, sejarah, histriografi, sirah dll dikaitkan. ada macam-macam harga, kononnnya nak lepas murah-murah dsbnya.saya bukanlah pandai sangat dan tidak semuanya saya fahami, namun pembacaan, pertemuan dengan tokoh samada kolektor, tukang dan pandai..sedikit sebanyak ilmu asas dan konsep senjata melayu saya miliki.
kebanyakan penjual tidak mengenali saya, hanya mengikuti blog dan multiply sahaja..mereka membawa keris-kerisan jawa yang dikatakan majapahit, mataraman, panjadjaran, ceribon, demak dllm, lagi saya bertanya sedikit sebanyak daerah-daerah itu dan adakah mereka pernah ke sana, hampir keseluruhan menjawab tidak pernah ke sana dan hanya mendengar cerita dan riwayat sahaja.begiti juga yantg membawa keris patani, macam-macam hal yang saya tanya, ternyata juga tidak pernah ke sana, malah ada yantg menggunakan nama wan stopa, awangsu, cikgu nordin dll, saya tanya kampung alamat mereka, jawapannya macam-macam juga, lalu saya buka konputer, saya tunjukan gambar, rakaman video..mereka diam.
kerancakan nak jual koleksi ini mungkin sebab nak raya, nak guna duit buat beli pakaian anak bini, kueh raya dan duit minyak balik kampung..untuk itu sanggup mengadai maruah, sedikit menipu dll , jadi jika kata "orang tua-tua" setan dah terantai di bulan ramadan, jadi di bulan ini juga terbukti bahawa manusia itu sendiri adalah "setan"..
Tuesday, August 31, 2010
Sunday, August 29, 2010
pandai keris terbaik malaysia
Saturday, August 28, 2010
fahaman saya
dalam dunia ilmu pengetahuan ada macam-macam pendekatan dan kaedah, ada macam-macam aliran dan mazhab. setiap mazhab pula berbeza pandangan dan ideologi. dalam dunia ilmu termasuk juga ilmu keris ada macam-macam guru, penemuan, anutan dan amalan, semuanya benar mengikut ilmu masing-masing. bagi saya apa yang saya temui, pelajari dan miliki benar mengikut kaedah saya. jadi tak perlulah repot-repot mengatakan itu benar, ini salah kerana setiap satu ada alasan dan logiknya tersendiri...yang baiknya terus belajar dan mencari sebanyak mungkin ilmu yang berkaitan...kita tak perlu hina atau keji orang..malah kalau ianya baik, kita pinjam dan guna, kalau yang salah, kita buang saja dan tak rugi apa-apa..
Wednesday, August 25, 2010
Friday, August 20, 2010
pemilihan hari memulakan penempaan besi
Tidak semua hari dianggap sesuai untuk menempa sebilah keris terutama keris sebagai “pakaian”. Pandai besi hanya akan memulakan kerja pada hari selasa 14 haribulan iaitu ketika bulan mengambang penuh. Hari selasa mengikut perhitungan Islam adalah bermula pada hari isnin selepas masuknya waktu maghrib. Kenapa tanggal 14 dianggap baik, mengikut ilmu kepustakaan tradisional Melayu, senjata yang dibuat pada hari ini dianggap baik untuk menyerang musuh, baik untuk dibawa belayar, murah rezeki dan hasil menjadi jika bertani..wallahualambissawab
Thursday, August 19, 2010
pemilihan jenis besi
Seperti yang pernah dikemukakan dalam Hikayat Hang Tuah, keris tempaan Melaka yang pertama menggunakan 2o jenis besi yang diambil dari jajahan takluknya dan dicampur dengan baja. Konsep tempaan keris Melaka ini kekal hingga kini. Walaupun demikian, pemilihan besi berdasarkan “tujuh Pa” iaitu Pa dari aksara arab itu cukup dominen dalam kebudayaan Melayu iaitu besi dari payung (payung raja), paha (alat tenggala/bajak tanah), paku, pahat dan pa yang lainnya menjadi teras kamilan
Besi payung sebenar adalah berkonsepkan berpayung kepada kekuasaan raja yang berdaulat sesuai dengan konsep “tulah” dan “daulah”, manakala paha berhubungan pula dengan kepercayaan bahawa besi dapat menghancurkan tanah, maka manusia yang berasal dari tanah akan dapat dikalah/tembus ke atas tubuh badan manusia, pahat pula dikaitkan dengan kekuatan tikaman yang dapat memusnahkan manusia, manakala paku adalah penghubung yang merapakan keris dan pemiliknya yakni unsur penyatu antara keris dan manusia.

konsep seni ukiran melayu
Terdapat dua konsep seni ukiran Melayu iaitu sobek kasar dan sobek halus. Sobek kasar adalah seni ukiran pada benda-benda besar seperti pintu rumah, dinding, tiang, tingkap dan seumpamanya. Manaka seni ukiran halus termasuklah ukiran hulu/wranka keris,rehal, peralatan rumah tangga seperti kukur,sarang perkutut dan seumpamanya. Secara konseptualnya jenis ukiran ini, apa yang ada sebuah rumah, akan ada pada sebuah perahu dan akan ada pula pada sebilah keris.
Wednesday, August 18, 2010
keris melayu
Sebilah keris hanya dipanggil keris apabila lengkap berpakaian dengan hulu, pendokok dan sampirnya.
Dari sebilah keris ini pula akan timbul rasa senang melihatnya, sedap memegangnya, gah memiliki dan sempurna sebagai senjata.
Senang melihatnya, memberikan pengertian bahawa sebilah itu sempurna dari segi buatan bilahnya, cantik ukiran hulu dan sampirnya, sesuai pula pendokok dan tepat pula hulu yang pilih.
Sedap memegangnya bermaksud hulu dan sampir itu bagus buatannya sehingga selesa di sarungkan di pinggang, jika dipegang tidak jatuh , tercabut jika dibawa, jika berlawan tidak terbuang.
Gah memiliki bermaksud pula memberikan rasa kagum, rasa berwibawa, rasa berkuasa dan rasa berdaulat. Kalau ditabal dialah raja, kalau dianugerah dialah pembesar, kalau diarah dialah pendekar. Itulah keris Melayu.

Sunday, August 15, 2010
berbuka puasa selera anak-anak
pilih kain baju raya nilai negeri sembilan
puding gula hangus
akok
sira labu
dokong
duku langsat
satar
otak-otak
berbincang adik beradik yummmm
lokasi muara duyong, melaka
Saturday, August 14, 2010
puasa
Tuhanku sebenarnya aku telah lama "berpuasa", menutup keinginan, makan minum dan segala-galanya. "Puasa" ku ini demi mencukupkan keperluan anak-anak yang sedang membesar, memberi belanja yang selayaknya untuk mereka belajar, kerana ini adalah kewajipanku, memberi pendidikan yang terbaik, kerana nantinya tidak ada apa-apa yang dapat ku tinggalkan, kerana sesungguhnya aku kini tak punya apa-apa hanya usaha dan doa, dan doakan ku agar anak-anakku berjaya dan aku pula Kau matikan dalam waktu sihat, tidak dalam waktu sakit dan terlalu tua, matikan aku dalam keadaan tidak berhutang, tidak dalam aib dan hina..ini doa ramadhanku ya Illahi..lapangkanlah hidupku ini walaupun tak punya apa-apa...amin