Wednesday, August 18, 2010

keris melayu

Sebilah keris hanya dipanggil keris apabila lengkap berpakaian dengan hulu, pendokok dan sampirnya.
 Dari sebilah keris ini pula akan timbul rasa senang melihatnya, sedap memegangnya, gah memiliki dan sempurna sebagai senjata.
Senang melihatnya, memberikan pengertian bahawa sebilah itu sempurna dari segi buatan bilahnya, cantik ukiran hulu dan sampirnya, sesuai pula pendokok dan tepat pula hulu yang pilih.
Sedap memegangnya bermaksud hulu dan sampir itu bagus buatannya sehingga selesa di sarungkan di pinggang, jika dipegang tidak jatuh , tercabut jika dibawa, jika berlawan tidak terbuang.
Gah memiliki bermaksud pula memberikan rasa kagum, rasa berwibawa, rasa berkuasa dan rasa berdaulat. Kalau ditabal dialah raja, kalau dianugerah dialah pembesar, kalau diarah dialah pendekar. Itulah keris Melayu.

No comments:

Post a Comment