kemerdekaan seringkali diertikan bebas dari cengkaman penjajah. suatu tafsiran sempit. dalam konteks negara yang sudah merdekaan bererti hak-hak untuk hidup selayaknya, hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa berhutang dan menanggung hutang sepanjang hidup, hak-hak untuk berkerja dengan pendapatan yang cukup untuk menampung hidup dan bukan terpaksa berhutang sepanjang hayat kerana pendapatan dari pekerjaan tidak cukup membiayai hidup. hak-hak untuk rawatan kesihatan tanpa perlu membayar sampai miskin dan perlu berhutang lagi dan menderita sakit kerana tidak mampu membeli obat atau rawatan.
itu antara konsep kemerdekaan di bumi merdeka.maknanya setiap hasil pendapatan negera digunakan semaksimal mungkin dari rakyat kepada rakyat. bukan bocor masuk poket sesetengah pihak atau pembaziran yang tak menentu, bukan rakyat diperas dari segala cukai, segala pembayaran dan sebagainya. rakyat harus menerima kembali apa yang dibayar dalam servis perhidmatan bertaraf lima bintang. di samping hak untuk rasa selamat di negara sendiri.....merdeka
No comments:
Post a Comment