Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu
pembayaran dan penghantaran
pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.
sedar-sedar tempoh menghuni quaters dah tamat tempoh..dan terpaksa pindah. nak menghuni rumah sendiri jauh dari tempat kerja, dan juga akan mengganggu proses persekolahan anak-anak kerana tahun ini ada yg upsr, pmr dan spm..lagi pulak tempat ngaji isteri lebih dekat jika duduk sekitar pj.
saya memohon maaf kepada teman-teman kerana lama tak masukan entry baru dan juga upload..insyaalah lepas pindah rumah semuanya kembali normal.
Seni-seni ukiran hulu dan sampir keris ini juga berkaitrapat dengan adab dan ada ketika berperang, yakni dalam tradisi Melayu, keris tidak dihunus terus kepada lawan. Permulaannya dihentak dengan bontot keris terlebih dahulu di kepala lawan, jika masih melawan, hentakan kedua menggunakan muncung hulu, dan seterusnya barulah keris dicabut dari sampir dihiris telinga kiri, seterusnya telingan kanan, muncung hidung, terakhirnya barulah ditikam ke bahagian anggota badan.