Thursday, August 18, 2011

dok angkat orang

setiap pagi, petang, siang dan malam dok angkat orang, dalam waktu yg sama menghina budaya dan bangsa sendiri. seolah-olah bangsa kita tak punyai kebudayaan, warisan dan kesenian. semuanya dikatakan pengaruh itu pengaruh ini. kalau kita tengok, belek-belek sejarah yg ditulis oleh bangsa kita, juga ditulis orang lain, bangsa ini jauh lebih maju, berbudaya dan bertamadun tinggi. cuma kita tidak punya monumen yg besar-besar, gah dan kekal hingga kini, kerana bangsa kita bukan bangsa yang zalim. hanya bangsa yang zalim sahaja yg mewujudkan menumen.

sedar-sedar apa yang kita angkat, banggakan dan potraykan itu bukan milik kita. milik orang. kita sendiri secara peribadinya takde apa-apa untuk dibanggakan..sebenarnya kita "miskin harta, budaya, warisan dan juga pengetahuan", apatah lagi miskin agama dan iman.

No comments:

Post a Comment