Thursday, September 22, 2011
bila bos takut anak buah!!!
terkejut saya bila dengar cerita seorang pengarah menasihati salah seorang ketua jabatan di bawahnya agar tidak berkawan dan duduk minum dgn orang itu staf ini kerana dianggap "berbahaya". Kenapa takut begitu sekali? Jawapannya kerana dia sendiri tidak mempunyai kewibawaan, tidak terkenal, menjadi pengarah pun kerana mengampu, menjatuh dan "membunuh" orang lain lalu dia dilantik sebagai pengarah. Kalaulah dah jadi pengarah kenapa harus takut? Kerana banyak "dosa-dosa" lalu yg dilakukan! Apatah lagi jawatan tersebut terutamanya di institusi pengajian tinggi bukan jawatan hakiki...sepatutnya seorang pengarah mengujudkan team work dan work place yg baik di jabatannya bukan menjadi penghasut dan memecahbelahkan staff di bawah pengawasannya...dalam waktu yg sama to be profesional dan berwibawa..dan janganlah tutup periuk nasi anak buah kerana dendam dan hasad dengki. jadilah seorang bos yg dikenang dan dihargai walaupun setahun dua nanti dah tak jadi pengarah kerana semua yg dibawah kini akan menggantikan anda pada waktu akan datang, dan waktu itu anda tahu bahawa anda adalah sampah kepada mereka pula..jadilah bos yg bersahabat kerana mereka semua adalah rakan sekerja anda, dan juga sekaligus penilai kpi anda...sebuah renungan
Saya merasa dan sering mengalami hal bahwasanya orang-orang selalu menghargai saya,meninggikan saya dan bahka meminta arahan-arahan dari saya, kerap saya merasakan hal itu terlalu besar bagi saya,belum mampu saya menerima semua itu, orang -orang mengatakan saya memiliki kharisma, kenyataannya saya hanya melakukan dan mengerjakan segala sesuatu denga tulus,iklas dan ditaburi dengan senyuman,, yang saya mahu tanya kepada penulis,apakah yang harus saya lakukan untuk mempertahankan semua ini>?mohon arahannya,terima kasih
ReplyDelete