bercakap tentang warisan budaya bendawi, ada macam-macam cerita. tentang asal usul dan sejarahnya, mistik dan spiritual, tukang dan zaman, material dan seni garapan dan seumpamanya sehingga bendawi yg dikesahkan tu nampak hebat, gah, besardan tersohor.itu semuanya luaran belaka. beli bendawi harus berhati-hati, ada yg baru, ada yg baru dituakan dan yg tua diperbaiki dan seumpamanya. sebelum membeli buatlah rujukan sedikit, survey harga dan kualiti. tip mudahnya semakin baru bendawi tersebut semakin cantik garapannya kerana teknologi semasa dan tidak semestinya semakin tua usia semakin hudoh atau jelek, yg pentingnya bendawi yg kita beli itu sempurna, tulin bahanya, bukan sepuh atau sadur dsbnya. murah mahal tergantung atas kualiti dan persetujuan harga.
No comments:
Post a Comment