setiap kali saya menghantar anak-anak samada ke asrama penuh atau ke universiti, saya minta mereka belajar sebaik mungkin dan tak dilupakan agar mereka tidak melupakan kewajipan sebagai seorang Islam. Dan pinta saya jika dah berjaya nanti, dua perkara yg saya minta iaitu punyai waktu menghantar saya ke hospital jika saya sakit dan terakhirnya jika saya mati, bawa turunlah jenazah saya hingga ke liang lahat berserta kepalkanlah tiga ketul tanah untuk menegakkan jasad saya menghadap kiblat. kepalan pertama diletakan di kepala, kepalan kedua di belakang dan kepalan tanah yg terakhir di kaki...
No comments:
Post a Comment