kekadang kita terlupa kedudukan kita seolah-olah semua perkara kita tahu, semua tempat kita telah sampai, semua ilmu telah kita pelajari pada hal kita tidak tahu apa-apa pun. Kita hanya insan kecil dalam kelompok yang besar, bukan seorang guru, bukan seorang ulamak, bukan seorang pedagang, bukan seorang seniman dan bukan siapa-siapa pun dalam kelompok kita, apatah lagi dalam masyarakat. Orang dalam kelompok kita pun tak mengenali kita. Lalu kita ciptakan kebesaran diri agar mempunyai tempat dalam masyarakat tanpa bermula dari mana-manapun. ego yang sedemikian akhirnya memenjarakan kita dalam dunia kita sendiri lalu jadilah kita seorang romantisme keputusaan dan idealisme abstrak. kita kecewa dengan orang-orang di sekitar kita kerana mereka bukan sahaja menolak pandangan kita bahkan malabelkan kita kepada darjat yang lebih rendah. sepatutnya kita mengambil pendekatan pendidikan yakni mencari sebanyak mungkin ilmu, memperbaiki tingkat kehidupan yang lebih sejahtera, memperkuatkan pegangan hidup dan agama, bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dan keluarga. biarlah ada sesuatu yang dapat dibawa pulang untuk anak isteri di rumah, kita bukanlah sebagai seorang suami atau ayah yang pecundang yang tewas seperti puisi a samad said, kosong tangan kosong dada, tiada apa-apa untuk dibawa pulang....
hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
tentang saya
Perkhidmatan dan Jualan
Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu
pembayaran dan penghantaran
pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.
No comments:
Post a Comment