hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Thursday, May 27, 2010

falsafah seni ukiran melayu

 ilmu tauhid banyak mempengaruhi falsafah seni ukir melayu. Setiap ukiran mesti ada dasar, ada asas dan puncanya .Setiap motif diambil dari alam yakni flora fauna, alam yang lebih luas dan juga anatomi fizikal manusia itu sendiri. Misalnya,  motif flora , yang menjalar mesti ada umbi atau tunggul/pangkalnya yang menjadi punca atau asas kehidupan. Ia melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan angka-angka popular dalam Islam, seperti tiga tingkat (Allah,Muhammad, Adam), 4 tingkat ( zat,sifat,asma dan af'a) 5 tingkat( rukun Islam) manakala 6 tingkat (rukun iman) dan terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun 13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan.

Dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan menyulur ke bawah. Walau kemana sekali pun ia berkembang/membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan.  Seni ukir Melayu adalah satu jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.

Secara mudahnya, punca atau umbi/akar adalah terhasil dari biji benih (yang 40 hari dirahim bapa kemudian, 9 bulan 10 hari di rahim ibu) lahir bersulur bertunas membesar menyusur kehidupan berlapis-lapis dalam pelbagai tahap kehidupan yakni kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya bertemu sang Pencipta (Allah Subhanahuwataala). Ini adalah asas atau dasar dalam semua jenis seni ukiran Melayu, juga seni batik, seni senjata, perahu dsbnya. Apa yang ada pada sebuah rumah (sobek kasar), juga perahu akan ada pada ukiran keris (sobek halus).

No comments: