hp saya sekejap-kejap berbunyi, nasib baik saya bubuh nada deringnya lagu raya, tambahlah meriah sikit ketika puasa dan melebih 2/3 bulan..deringan itu tak lain dan bukan dari penjual-penjual yang juga individu yang nak lepaskan barang mereka seperti keris, batu cincin, badik, golok, parang, pendek kata semua jenis senjata tikam melayu..macam-macam cerita, asal usul, sejarah, histriografi, sirah dll dikaitkan. ada macam-macam harga, kononnnya nak lepas murah-murah dsbnya.saya bukanlah pandai sangat dan tidak semuanya saya fahami, namun pembacaan, pertemuan dengan tokoh samada kolektor, tukang dan pandai..sedikit sebanyak ilmu asas dan konsep senjata melayu saya miliki.
kebanyakan penjual tidak mengenali saya, hanya mengikuti blog dan multiply sahaja..mereka membawa keris-kerisan jawa yang dikatakan majapahit, mataraman, panjadjaran, ceribon, demak dllm, lagi saya bertanya sedikit sebanyak daerah-daerah itu dan adakah mereka pernah ke sana, hampir keseluruhan menjawab tidak pernah ke sana dan hanya mendengar cerita dan riwayat sahaja.begiti juga yantg membawa keris patani, macam-macam hal yang saya tanya, ternyata juga tidak pernah ke sana, malah ada yantg menggunakan nama wan stopa, awangsu, cikgu nordin dll, saya tanya kampung alamat mereka, jawapannya macam-macam juga, lalu saya buka konputer, saya tunjukan gambar, rakaman video..mereka diam.
kerancakan nak jual koleksi ini mungkin sebab nak raya, nak guna duit buat beli pakaian anak bini, kueh raya dan duit minyak balik kampung..untuk itu sanggup mengadai maruah, sedikit menipu dll , jadi jika kata "orang tua-tua" setan dah terantai di bulan ramadan, jadi di bulan ini juga terbukti bahawa manusia itu sendiri adalah "setan"..
hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
tentang saya
Perkhidmatan dan Jualan
Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu
pembayaran dan penghantaran
pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.
1 comment:
macam macam hal rupanya dalam berniaga barang senjata nie. Rupanya cerita tokok tambah lebih dari cerita asal. Bagi saya yang tiada pengetahuan dalam aspek senjata, mungkin mudah jadi mangsa baham mereka. Saya pernah ditawarkan keris lebih RM3000 semata-mata kerana hulunya dari tanduk berukir. Alahai, manalah saya nak cari duit sebanyak itu. Kadang kala untung juga jadi orang tak berduit nie, taklah kena kelentong sentiasa.
Apa pun selamat hari raya, maaf zahir batin.
Post a Comment