Setelah seminggu kesakitan tanpa bantuan, ibu mertua ambo nie menghubungi isteri ambo yang kebetulan masih lagi dalam rawatan demam denggi, dengan bantuan orang kampung, mak mertua ambo dibawa ke hospital dan mendapat rawatan selama 10 hari dan disahkan sembuh secara klinikal. namun secara fizikalnya beliau tak dapat bangun dan seolah-olah mengalami penyakit saraf seperti orang lumpuh. seorang yang lasak dan tidak pernah sakit berat sepanjang hayat, tiba-tiba berubah, tak boleh bangun, apatah memandu, memotong getah, memotong semak samun dikebunnya menggunakan mesin rumput walaupun mengikut doktor tidak ada penyakit kritikal.
beras ambo minta bantuan seorang ustadz yang juga seorang imam, mendapatkan penawar..
mengikut ustadz, ibu mentua ambo diganggu "hok luar".
namun kerana kesibukan bulan ramadhan dan hampir raya,
ustadz menolak untuk melalukan perubatan alternatif secara Islamik.
bertanya beberapa orang rakan, akhirnya Cikgu Nasir, pemilik blog keris
memberikan nama dan membantu ambo
membawa ibu mentua ambo ke rumah Tok Ayah di Perupok Bachok Kelantan.
terdahulu ambo paksa isteri ambo balik ziarah ibunya, walaupun dia sendiri sakit.
Kebetulan pula anak sulong ambo di Perlis, lebih awal cuti semesternya
pulang ke mace bagi memudah urusan bergilir
menjaga dan merawat neneknya bersama mak sedaranya.
pada 28 ramadhan saya bersama-sama membawa ke rumah tok ayah dan
sampai sekitar jam 10.35 malam setengah jam lewat, kerana tok ayah memulakan rawatan
bermula selepas asyar sehingga maghrib, bersambung lagi pada jam 10 malam sampai ke subuh.
gilran mak mentua ambo tu pada jam 1.20 pagi dan berakhir pada jam 2.46 pagi.
dengan hanya meminta nama dan nama ibunya serta alamat rumah yang lengkap
prosesi pengubatan dijalankan, segala jenis kesakitan dan penyakit dirasai oleh tok ayah yakni migrain
sakit sendiri-sendi, menyucuk seluruh badan dsbnya dialami oleh ibu mentua ambo
dirasai oleh tok ayah sampai kejang-kejang, pada waktu inilah juga
dia menyebut fizikal rumah ibu mentua ambo, warna cat rumah, warna atap,
berapa bilik, depannya ada apa termasuklah persekitaran rumah. waktu itu juga disebut nama
pengirim serta bomohnya serta jenis kirimannya iaitu hanturaya, anak kerok, pelesit,
dan beberapa lagi hantu pemujaan termasuklah juga di sekitar
rumah ditabur tanah kubor, besi bat dan minyak mati terbunuh.
selepas semuanya ditarik keluar, hampir seluruh kesakitan itu beransur hilang.
namunn, ibu mentua ambo perlu mendapat rawatan kedua untuk prosesi "pelepas"
iaitu wang pengerasnya RM121.21, benang mentah/lawe, jarum, sehelai kain batik, sebiji kelapa, sesikat pisang jelar berangan/embun, sekotak rokok dunhill 7 biji limau purut dan tujuh jenis bungan
berbau dan ditetapkan pada hari raya keempat.
ambo bertanya kepada tok ayoh kenapa pengerasnya lebih mahal berbanding dgn pesakit lain, kenapa rokok dunhill, kenapa orang lain tak de pisang dan tak perlu bawa
kelapa dsbnya, sambil berjenaka jawapnya, itulah permintaan bomoh pengirim sewaktu menghantar
kiriman pada ibu mentua ambo. apa tidaknya pesakit yang terdahulu melakukan rawatan
secara berkumpulan 4 orang sekeluarga pengerasnya hanya Rm13, tak perlu bawak rokok, kain, hanya bawak pisang, limau purut dan benang mentah sahaja.
Jadi segala permintaannya berdasarkan apa yang dibawa oleh pengirim, itulah jugalah juga yang diminta tok ayah, bomoh muda yang memiliki dua buah motor superbike, memakai jeans dan kemeja sewaktu
berbomoh.
sewaktu proses, sewaktu menurun, dia minta rokok, ambo yang nyalakan apinya, pegang astray/asbak, takut-takut abuk rokok masuk matanya. dia minta air kelapa, rokok dihisap dengan lahap, dan air kelapa
diminum dengan gelojohnya. setelah selesai dia menyatakan bahawa dlm waktu dua tiga hari ibu mentua
akan merasakan keletihan yang amat sangat dan memang benar, tidor pulas seperti tidor seorang bayi.
kerana bila semua kiriman itu dikeluarkan.
ambo tanya, kenapa rokok dunhill, mudah je jawab isteri tok ayah, tok ayah hisap rokok dunhill,
kalau hisap rokok lain atau rokok daun, esoknya dia batuk dan selsema tok dapat
]nak perubat orang...ambo ketawa terbahak-bahak.
tok ayah minta kelapa tadi dibuang ke sungai..dlm perjalanan
pulang pada raya keempat tu ambo buang di sungai pasir puteh, iaitu dari jambatan di simpang 3 pasir puteh-tok bali-semerak. oleh kerana berhenti di hujung jambatan yang agak panjang, ambo berjalan ke tengah jambatan dengan membawa plastik hitam yang bersi kelapa muda..orang yang lalu lalang memandang ambo
semacam je, seolah-olah membawa bungkusan kepala mayat,
apa lagi waktu itu kes pembunuhan datok sosilawati lamya tengah hangat.
menarik keluar kiriman orang
keperluan untuk pelepasan kiriman orang
wang pengeras
setelah proses pelepasan selesai, pada selasa lepas ambo bawa ke kuala lumpur..esoknya ambo bawa mak mentua ambo bertemu pakar untuk second opinion..jelas secara klinikalnya dia tidak ada penyakit
darahnya normal, gula hanya diparas 7.7, jantung normal.
alhamdulillah dah boleh bangun, berjalan, mandi mandiri, selera makannya
dah bertambah baik kerana kiriman "kunci mulut" dah dilepaskan tok ayah.
konsep ambo mudah je, moden atau tradisional harus dilakukan
apa lagi kalau bomoh sesat tak akan berdukun dlm
bulan puasa, dan timbul pertanyaan bahawa
sepanjang hayat ambo diajar bahawa iblis dan syaitan
dirantai pada bulan puasa, tetapi hantu-hantu melayu ini
masih wujud..apakah hanti-hantu ini
bukan iblis dan syaitan?? ataupun pentafsiran ulamak
selama ini belum lengkap dan jelas, ataupun hantu melayu ini
terdiri dari "makluk atau haiwan atau jin" yang melata dan hidup
di alam ghaib atau manusia itu sendiri adalah "syaitan"????
3 comments:
hebat tok ayah ni.buleh bagitau umah die kat mana?saya nak bawa mak saya pegi berubat juga.
lagu mno caro nok g umah dio x ??
bley x kongsi alamat penuh
Post a Comment