pokok angsana banyak terdapat di asia tenggara.di malaysia pokok angsana di samping tumbuh secara semulajadi samada di tanah tinggi atau tanah pamah, ianya juga ditanam sebagai tanaman hiasan taman dan juga sebagai windbraker di sepanjang jalan bandaran dan juga di kawasan perumahan.ianya secara tradisionalnya digunakan untuk perubatan dan perbomohan yakni kulit pokoknya dibuat ubat cirit birit atau diarhea dan juga ubat sakit gigi terutamanya gigi berlubang, malah kulitnya juga boleh digunakan untuk mengubat ulser mulut, atau pecah-pecah dlm mulut, juga kulitnya dijadikan ubat mengecutkan saluran peranakan dan juga bengkak-bengkak dalaman dengan cara rebusan atau seduhan, getahnyanya juga boleh mengubat luka dan bengkakan bisul serta banyak lagi daya guna perubatannya..malah menjadi kayu khusus dalam membuat batang serunai keris, penutup sarung mata lembing atau tombak, dijadikan kayu untuk pembuatan hulu dan sarung parang.. ini adalah kerana segala jenis racun melayu tidak akan hilang biasanya berbanding penggunaan kayu kemuning, penawar hitam dll.
mengenali sena tidaklah sesulit mengenali pokok-pokok lain kerana struktur daunnyadi setiap ranting di antara 9-20 helai dan ranting2nya melentur ke bawah,lebih mudah lagi takek shj batangnya pasti getahnya akan keluar berwarna merah seakan-akan darah manusia. semakin tua pokoknya semakibn merah getahnya dan semakin pekat. kebiasaannya sena tanah tinggi lebih kecil batangnya berbanding sena hiasan taman atau sena tanah pamah, namun sena walaupun berada di mana pun akan berteras berbanding kemuning. jika dipotong, kelihatan garis-garis pelanginya,sena tanah tinggi atau di daerah berbatuan lebih unik corak blaknya, misalnya berbelak harimau, bulatan bulatan dan seumpamanya.kerana getahnya seperti darah, sena seringkali dianggap pkok "keras".
untuk mendapatkan blak yang terbaik, sudut belahan atau potongan sena harus disesuaikan samada belahan melintang/memanjang, belahan condong 45 darjah, 20, 15 dan seumpamanya. dengan cara ini blak sena dapat distrukturkan.sena juga sama dengan kemuning, kayu yang cepat retak dek kepanasan, dan perlu disimpan di tempat teduh sama dengan kemuning, iaitu suhu bilik/21 darjah celcius. berbeza dengan kemuning, sena harus diawet sprayclearkan kerana mudah dimakan bubuk dan serangga perosak yang lainnya. Satu lagi ciri sena, di mana asal usulnya, setiap batangnya mempunyai gubal/gubal kulit luar yang lempong.
kadar ketumpatan dan kehalusan seratnya yang lebih longgar dan kasar berbanding kemuning dapat memberikan kadar resapan kelembapan yang lebih tinggi..makan sena dipilih sebagai kayu untuk bahagian bawah keris yakni batang serunai dll. orang melayu itu penoh dengan ilmu pengetahuan sains dan teknologinya..dan hal ini termasuk juga sena termasuk dlm kepustakaan ilmu tradisonal melayu..mohon maaf gambar kurang memuaskan kerana menggunakan handpone sj.
1 comment:
Pterocarpus indicus nama scientificnya
Post a Comment