bila hadir solat jumaat di beberapa buah masjid, terlihat tongkat mimbar
masjid yang dipegang khatib ketika membaca kutbah, tongkatnya cukup menarik
dan berseni, dan kebanyakan tongkat ini pula seringkali dicuri oleh orang-orang
yang mengamalkan ilmu tertentu.
maka timbullah idea penulis untuk menghadiah tongkat khatib ini
kepada beberapa masjid kecil yang hanya menggunakan
tongkat rotan yang kelihatan uzur.
dgn bantuan rakan-rakan FRIM, projek ini dijalankan
kayu kemuning hitam milik penulis digunakan,
manakala proses kreasinya dilakukan oleh sahabat
dari FRIM..inilah hasil awalnya yakni bahagian atas tongkat berbentuk khubah masjid.
No comments:
Post a Comment