hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Friday, April 8, 2011

menolong orang

seorang teman datang ke rumah setahun yg lalu meminta bantuan untuk memasukkan anaknya yg baru tamat diploma ke program degree di salah sebuah ipta. anaknya cuma memperolehi pgnk 2.6 sahaja. permohonan via online gagal mendapat tempat. atas bantuan saya dan rakan-rakan beliau berjaya diterima di salah satu ipta. selepas itu tidak ada khabar berita. kemudiannya dia datang lagi membawa salinan borang permohonan biasiswa meminta bantuan sekali lagi. saya kata saya cuba. Setelah sekian lama, semalam dia hubungi saya via talipon marah-marah kerana anaknya tidak memperolehi tawaran biasiswa. macam-macam perkataan yg tak sepatutnya diucapkan kepada saya, tak kenang budi, tak tau berkawan dan tak perlu disebutkan di sini. saya jawab relaks je..pertama anak tuan masuk u pun ikut pintu belakang, tanpa pertolongan orang. sebab saya juga minta pertolongan rakan-rakan dgn pelbagai cara, pelbagai alasan sehingga dia diterima masuk. untuk biasiswa bukanlah sesuatu yg mudah, pertama pencapaian akademik mestilah cukup cemerlang setidak-tidaknya pngk 3.5 ke atas, kedua pemberian biasiswa tertakluk kepada bidang keutamaan, bukan semua bidang, apalagi bidang-bidang sains sosial yg tidak mempunyai prospek kerjaya.

walaupun diberikan penjelasan, dia tetap marah-marah kepada saya, lalu saya jawab, kenapa tak bagi penampar sahaja anak kita "yg bodoh itu", kenapa nak marahkan orang. Kalau anak kita kurang cerdik atau gagal kita nak salahkan orang!!! salahkan guru kononnya guru tak pandai mengajar!, salahkan sistem pendidikan, salahkan menteri dan macam-macam lagi..itu tidak betul..apatah lagi, ada pinjaman ptpn, kalau kita sememangnya mampu kenapa nak bergantung pada ptpn, pada biasiswa..dah dapat tempat di ipta itu dah cukup rahmat kerana yuran pengajiannya cukup rendah berbanding dgn ipts..sekadar renungan pagi jumaat.

No comments: