hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Saturday, September 10, 2011

caping: Penutup aib kanak2 masa lalu

caping dibuat berbentuk bujur sirih  digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak. ianya dihasilkan dari kulit kayu, tenun songket, kain dan juga diperbuat dari logam mulia seperti emas, perak, suasa dan tembaga. di samping digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak perempuan dan lelaki yang diikat dipinggang, ianya juga mempunyai nilai mistik dan spiritual oleh masyarakat melayu tradisi. nilai mistiknya antara lain dapat mematikan nafsu lelaki, dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan dari perkara-perkara yg tidak diingini. ianya juga dikatakan dapat mengjaga kemaluan kanak-kanak perempuan untuk terus subur, membesar dan memejalkan serta mengurangkan rasa geli, yang nantinta dapat memuaskan suami dalam hubungan seks setelah berumah tangga.

hal yang sama juga dipercayai, penggunaan caping pada kanak-kanak lelaki, di sebalik fungsinya menutup kemaluan, ianya juga diyakini sebagai proses pengurutan semulajadi bagi menegangkan urat-urat zakar serta suatu proses atau cara membesarkan zakar dan juga mengurangkan rasa geli dan sensitiviti sehingga nanti daya tahan ejakulasi boleh bertahan lama serta sudah tentu dapat memuaskan pasangan mereka.

dalam konteks perdukunan pula caping digunakan untuk ilmu penunduk, menghidupkan kembali semangat dalaman, impotensi atau lemah tenaga batin. digunakan juga untuk ilmu tuju-tuju, menarik kekayan dari alam ghaib dll.
terdapat pelbagai motif yang terdapat caping. motif-motif flora banyak sekali iaitu bunga tanjung, tapak manggis, bunga lawang, bunga engkih, juga dalam bentuk geometri dll yang semuanya secara tidak langsung menggambarkan status sosial pemakai.


No comments: