hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Saturday, October 8, 2011

lesung tok tak beralu

lesung Tok tak beralu

tok tebang tembesu tua
dari banir ditebuk pahat buat lubang
atas luas makin kecil ke dalam
dgn daun sempelas tok licinkan lubang

tok buat alu sebesar betis
alunya panjang kepalanya bulat
tembesu batang tok pilih yang teras
dua sekawan seperti tok dan tok wan
tumboknya nanti tingkah bertingkah
sedap didengar padi tak hancur
berasnya putih seperti tokwan dan awan

nanti kalau siap nak tumbuk padi
bagi makan anak cucu
buat tumbuk emping biar anak cucu
berserat tinggi tidak cerit berit biarlah sejahtera

tok juga buat lesung nak tumbuk ubi jadi tepong
buat kueh poli dan lempeng biar anak cucu cukup gizi
buat tumbuk beras jadi tepung boleh dibuat laksa laksan
tumbuk pulut buat buah gomok, buat koleh

bila tok mati lesung pun reput
rapuh dan terbiar macam kubor tok yg penuh lalang dan rumput
nisannya hilang, tanahnya runtuh
lesung dan tok sesama senasib, reput dan hilang ditelan waktu
lesung dan tokwan hanyalah kenangan.


 


 



 

No comments: