Dalam mencari sumber rezeki sebenar tidaklah susah. dengan sedikit sahaja pengetahuan dan usaha, insyaalah rezeki ada di mana-mana. Misalnya dgn mengumpul tongkol-tongkol kayu dari hutan belantara, ianya menjanjikan pendapatan yg lumayan dan menguntung. Pelbagai spesis hutan yang pelbagai khasiat samada untuk perubatan tradisional, moden, daya guna mistik dan spiritual, ragamhias, tatarias bangunan dan macam-macam lagi.
dgn sedikit pengetahuan tentang hutan belantara, jenis-jenis kayu, beberapa peralatan simple seperti chainsaw, tali, kapak parang dll, usaha ini boleh dilakukan. Misalnya kayu kemuning yang bermacam jenis dan khasiatnya hanya perlu mengutip sisa-sisa reput yg berbentuk bermacam-macam bentuk alamiahnya. Ianya tak perlu ditebang pokok hidup, cuma sedikit pengetahuan tentang warna, rasa dan bau sahaja sudah memadai. Yang hitam boleh dikenal pasti bahawa debfan rendaman air, airnya kelihatan coklat kekuningan, rasanya sedikit meriyan (sedikit letar, panas, payau dll). Kalau digergaji atau ditakik dgn parang, ianya kelihatan hijau kehijauan, kalau dikemam, sebentarshj jantung akan berdebar-debar, kalau airnya terlalu pekat, boleh menyebabkan sembeli, dan debunya kalau disapu pada kulit akan meresap tanpa meninggalkan daki.
inilah sedikit panduan kepada rakan-rakan yg sedang berfikir-fikir mencari sumber pendapatan, bagi menampung biaya hidup yang semakin meningkat.
No comments:
Post a Comment