hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Sunday, June 24, 2012

rumah kecil di tepi taliair

 di rumah inilah nasi dingin berlauk ikan pelata,
di sini hidungku hitam dek jelaga pelita,
 airnya dingin berlumut hijau,
 siangnya panas, malamnya gelap dalam selimut koyak dihujung kaki...
ah waktu telah mengambil segala-galanya,
 aku rindu kembali ke masa lalu mengayam kenangan,
kalau petang ikut belakang kereta ggala kut-kut dapat anak pepuyu kelih momoh yg malamnya nanti di bakar di perangan cicah budu,
 dan sedikit disimpan buat pengisi perut ke sekolah atau setidak-tidaknya sewaktu curi-curi keluar waktu rehat,
patahkan lada dalam budu semalam cicah pepuyu dgn seteguk air teh dingin sisa pagi.
.ah nikmatnya hidup ini apabila ada benda untuk dimakan, ah indahnya bernafas jika ada tempat berlindung hujan panas walaupun hanya teratak sekangkang kera,
 aku sebenar tidak miskin hidup di sini,
 tapi dgn ilmu yang sabar, kaya dengan kasih seorang ibu,
sejahtera dengan nasihat seorang ayah apabila semakin resah semakin lantang ayaat Al Quran...

No comments: