hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Thursday, October 4, 2012

tentang teras gemunggal/kelor




Bagi masyarakat Melayu tradisi, pokok gemunggal ada "pokok sayur" belakang rumah. Digunakan sebagai pelengkap resepi telor goreng, dicampur betik muda, ubi keledek dijadikan sayur air, daunnya yng muda menjadi pelengkap ulam laksa laksan kelantan. bukan itu sahaja, pokok yg susah berteras ini menjagi bahan yg cukup po...
pular dalam kepustakaan perubatan Melayu terutamanya yg berteras dan terlalu tua. Terdapat beberapa jenis gemunggal yang juga dipanggil kelor oleh sesetengah masyarakat di alam Melayu. Ada gemunggal kampung, gunung/hutan belantara, gemunggal pantai dan gemunggal pulau. Secara kasarnya tiada perbedaan yg besar cuma dari segi kekerasan, warna dan dan daya kimiawinya. Teras gemunggal ini digunakan secara meluas oleh dukun pawang Melayu sebagai bahan penting dalam pengubatan keracunan buatan manusia dan santau. Ianya dipercayai dapat menawar racun-racun tersebut melalui rendaman dalam air, direbus atau diasah pada pasu tanah, lalu diminum perulang-ulang kali. Juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan dalaman serta dapat menyembuhkan luka-luka di dalam tubuh manusia, melancarkan haid, mengubati penyakit busong dll. lebih penting lagi, para dukun pawang menggunakannya dalam mengubati kerakukan, buang saka, sihir dan pendinding dari makhluk ghaib. Malah ada yg menggunakannya sebagai bahan yg dapat mengebalkan tubuh badan dari asid, senjata tajam dan seumpamanya. Dgn memakai sebagai batu cincin, loket, gelang dsbnya. Juga dijadikan tongkat, tasbih dll perangkat keselamatan diri. Namun demikian juga, teras gemunggal ini juga dikataka sebagai bahan melemah kebal lawan, jika ditusuk ke tubuh mereka kemuduan ditetak dengan senjata tajam, malah buahnya juga dikatakan lebih ambuh untuk menikam orang kebal. Waallahualambissawab

No comments: