- yg hitam itu penawar
tokwan bubuh air dalam pasu tanah mabong
asah koho-koho biar pasu tak tembus penawarnya menjadi
dengan alfatihah tok mulakan digenap pula dgn tiga kul
satu kul menyembuh ngilu nyeri tulang temulang tuk
kul kedua biar t...erbuka ikat simpul urat berurat dalam daging
kul ktiga tokwan lengkapi biar darah air lendir dan hempedu
pulih balik asal seperti sediakala, biar hilang sakit pening sekok sebok
dalam diri tok, biar tegak seperti cengal, keras serupo batu, kuat serupo besi
tahan serupo kerek telago, tak runtuh tak pecah, makin dalam airnya makin dingin
dan jernih.
tok wan genyeh gosok penawar hitam dengan penuh kasih sayang
sambil membaca tehah cukup harkat cukup sakdu, biarlah tok wan bangun
menajak menerun, biar lumat tanah kong tanah wokman, nanti senang nak cedung padi mahsuri padi malinja, biar penuh tepas wak bekal musim tenggara
musim bah.
dalam selimut kain jalur, tok wan menggeletar demam kura cekit perut
koho selimut koho goyang koho cekit koho ketar, tokwan tapis air yg hitam itu penawar, bubuh koho-koho dalam cetong separuh air panas separuh yg hitam itu penawar, tok bui ko tokwan minum dengan teguk pertama ucap bismillah, sambung pula selawat tiga kali sambil mengurut-ngurut dada
kata tokwan, tok bini setia tahu diri, tahu hok benar hok salah, tahu waktu mana
nok kasih ko toklaki, tahu waktu ketika nak murih marah, ketika mana tak buka mulut, saat mana merenget mahu dan malu..tokwan senyum dalam ketar dalam goyang sejuk panas ke tulang hitam.
tok cari kelapa sulong buah atas pelepah ngadap ttari jjatuh
tok kokok dengan koran jantan sawat panjang bawoh
dgn bismillah tok berdoa biarlah nanti minyaknya tak banyak tahi biar pekat
serupo madu lebah gua, kalu bubuh debu yg hitam itu penawar jadi pekat kental
kalau campur minyak nyior banyak kali pun tak hilang bisanya
nanti kalau campur serai wangi, urat jadi lembut, minyak meresap ke setiap lubang roma tok wan, biar hok bersimpul jadi terurai, biar hok nyeri sengal-sengal hilang, biar hok keras jadi lembut, biar hok bekok jadi surut, kalu bangun kuat dan tegap, kalau berjalan tumit tak sakit, lutut tak berlaga, batu tak lanjut batang tak patah, kalau berperang tak akan beralah, kalau berdayung sampai ke pantai, tak tenggelam ombak melanda, biar pun ganas angin dan ribut, dayung tok kuat sampan tak pecah.
kata tok kepada tokwan:yg hitam itu penawar
panjang kedua-dua teras penawar hitam di atas 8 dan 10 inci, ukurlilit 15 dan 16 inci, berat 3.2 dan 3.4kg..berminat call/pm 0193632584
hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
tentang saya
Perkhidmatan dan Jualan
Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu
pembayaran dan penghantaran
pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.
Sunday, November 25, 2012
yang hitam itu penawar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment