mmungkin kita tidak pernah terfikir bahawa menghadapi dunia persekolahan cukup memenat dan mmeningkan kepala, terlalu terseksa dan menderita. orang tua hanya melihat seseorang sewaktu mereka ketawa tetapi pada hakikatnya mereka menangis setiap hari. apatah lagi dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. dengan berbekal duit seringgit dua dan mungkin tidak ada langsung wang saku mereka hidup dalam kelaparan sepanjang hari, menelan air liur apabila sampai ke sekolah waktu pagi, melihat rakan-rakan menikmati nasi lemak, nasi berlauk, mie goreng dan seumpamanya dengan segelas teh tarik atau milo panas. waktu rehat pula menelan pilu melihat rakan-rakan dengan lazatnya menjamah nasi berlaukan ayam goreng atau daging, lalu dia ke paip air menogoknya dengan lahap sekali.
apabila pulang dia sekali lagi menahan perit kerongkong melihat rakan-rakannya menjilat, mengulum dan menyedut aiskrim, dia melangkah pulang dengan longlai kerana sejak pagi lagi belum ada apa yang terisi dan terjamah dalam perutnya. nampak pokok jambu batu di tepi jalan, dipanjat diambil dan dimakan, nikmat sekali walau rasanya sedikit kelat. itulah rezekinya pada hari itu. dia anak orang miskin di kampung zaman-zaman dulu.
zaman telah berubah, kini telah ada makana tambahan di sekolah dan dibekalkan dengan seringgit dua oleh ibu bapa. namun rmt itu sendiri tidak banyak membantu kerana kos yang beberapa puloh sen, kalau nasi lemak, ikan bilisnya hampir tidak ada langsung, kacang goreng boleh dibilang dengan jari telornya pula potong lapan. duit yang dibekal ibunya dua ringgit hanya cukup untuk air mineral botol kecil. hidup mereka terus lapar sepanjang hari, apalagi pada setiap rabu ada ko kurikulum sampai ke petang. kalau dia sekolah petang, sekolah agamanya waktu pagi begitulah juga sebaliknya. hidup mereka sebagai kanak tidak pernah mereka nikmati. pulang ke rumah bersesak-sesak di rumah flat yang panas lagi sempit. di situlah dia di paksa belajar dalam suasana yang cukup menyeksakan.
dengan gizi yang tidak mencukupi, tenaga yang berkurangan kerana terlalu penat dan banyak menghabiskan waktu di sekolah, dia membesar dalam penderitaan kerana hasrat seorang bapa atau negara akan lahir menjadi orang yang berjaya. kebajikan dalam hidupnya tidak pernah terjaga, tumbesarnya dipaksa secara rakus untuk menjadi dewasa. dia menghadapi sakit jiwa yang parah demi mencapai impian orang tuanya, tidak pernah ada rehat dalam hidup. apabila dia sedikit memberontak, dia dipukul di rumah dan di sekolah. haknya untuk hidup sebagai seorang kanak-kanak tidak wujud lagi, semuanya kerana sekeping sijil upsr..impian seorang ibu, berjaya upsr akan ke asrama penuh, sekolah terbaik yang menjamin masa depan yang terbilang gemilang, dia tidak cukup makan kerana kemiskinan keluarganya, tidak cukup rehat dan tidor kerana cita-cita dan impian orang tua, dia terpenjara kerana sistem yang diwujudkan negara.......
hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
tentang saya
Perkhidmatan dan Jualan
Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu
pembayaran dan penghantaran
pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.
No comments:
Post a Comment