wafak ini digunakan bagi lelaki yang lemah tenaga batin. cara penggunaannya ditulis pada sehelai daun sireh yang bertemu urat lalu dimakan sebelum melakukan hubungan jenis atau jimak.
manakala bagi lelaki yang hypersex pula yang mempunyai isteri lebih dari seorang wafak di atas ditulis pada bantal setiap isterinya sebelum melakukan hubungan seks dan ianya dipercayai bahawa setiap isterinya akan hidup berkasih sayang dan tidak mencemburui antara satu sama lain.
berdasarkan dua jenis wafak di atas, pengaruh wafak terus wujud dalam sistem kepercayaan melayu walaupun mereka telah menganut agama Islam ratusan tahun yang lalui. huruf-huruf atau aksara arab ini digunakan secara meluas dalam kehidupan mereka walaupun macamacam fatwa penolakan penggunaan wafak ini dikeluarkan oleh majlis ulamak, namun pemakaiannya secara langsung atau tidak langsung terus wujud. lalu timbul pertanyaan apakah ilmu wafak ini memberikan kesan keampuhannya atau sebalik. memandang pengguna dan pengamalnya yang terus berkembang, secara psikologinya, wafak telah memberi ruang kepada pengubatan secara psikologi atau terapi mental yang cukup berjaya sehingga memberi kenyainan baru kepada penggunaanya!!!!!!
No comments:
Post a Comment