seorang teman menyatakan hasratnya untuk berhijrah...pada mulanya saya bersetuju kerana menanggap bahawa dia akan berubah mengikut konsep hijrah yang pernah dilakukan oleh nabi Muhammad SAW. Namun dengan penjelasannya, dia akan meninggalkan tanahair untuk bermastautin ke negara lain. Atas alasannya sejak muda lagi dia dah usahakan macam-macam, bekerja dgn kerajaan, walaupun ada dua tiga ijazah, tak pernah sukses dan tenang. kemudian berhenti dan berniaga, juga tidak berapa berjaya. dah pernah bukak company konsultant dengan projek jutaan ringgit, companynya terpaksa ditutup kerana tak cukup modal.
kemudian cuba berjinal dengan roti dan kek, kerana isterinya ada diploma bakery, juga gagal dan yang terakhir terlibat dengan bisness pasaraya, belum pun apa-apa dah tutup. kerana inilah dia berputus asa.
saya cuma tersenyum..sebagai seorang sahabat saya faham maksudnya..dok di malaysia susah cari makan..ini tidak benar kerana pendatang asing tu senang lenang, habis semua kedai runcit mereka kontrol, termasuk pasar dan pasar malam..kenapa yee, jawapannya usaha, usaha shj tak cukup tetapi harus disertakan dengan tawakal dan doa.
keduanya, cara hidup..cara hidup yang di bawah kemampuan akan meruntuhkan kesahteraan hidup. hidup yang berlebehan akan menyukarkan..belum apa-apa dah bayar downpayment mercy dan bmw, dah duduk kondo, makan minum di hotel2...nak tunjuk hebat dsbnya..ini satu penyakit yg harus diubati segera. berhijrah juga takkan jamin kekayaan..malah mungkin menambah penderitaan..susah di tempat sendiri mungkin boleh minta bantuan rakan2 dan sedara mara..derita di tempat orang lagi susah..anak isteri, persekolahan mereka dsbnya perlu di hitung, diambil kira..ambo menyarankan agar dia lebih sederhana dalam hidup, mencuba dari bawah apatah lagi kalau usia dah masuk 50, tenaga dah kurang, tak mampu lagi bergerak aktif...kalau susah sangat jadilah lecturer..banyak universiti swasta..dapat lima enam ribu sebulan dah memadai kerana yg berpendapatan rendah mampu menyekolahkan anak sehingga ke universiti..nasihat ambo, aturlah kehidupan sesuai dengan rezeki yang diberikan Allah, nikmatilah hidup dengan rasa syukur..insyaalah kita tenang untuk hidup sehari lagi..
hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.
tentang saya
Perkhidmatan dan Jualan
Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu
pembayaran dan penghantaran
pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.
1 comment:
Wasiat daripada sahabat saya, Allahyarham Ahmad Fauzi Basri (UUM) "Biar orang nampak kita susah, tetapi sebenarnya kita senang. Jangan orang nampak kita senang, tapi sebenarnya susah."
Post a Comment