dia memilih sekeping kemuning hitam blak ular sawa dan sekeping kemuning emas yang usianya ratusan tahun yang saya bawa dari daerah Chintawangsa iaitu nama lama bagi gua musang. selain itu dia memilih dua keping potongan kemuning pokok hidup untuk dibuat hulu sampir keris-keris barunya di samping tempahan pelanggan kerana dia juga salah seorang peniaga keris yang terkenal di perak.
hampir maghrib dia meninggalkan rumah saya. Difahamkan selepas keluar dari rumah saya, keretanya berat sehinggalah ke Damansara, sekitar 10-15 km, pada hal terdahulunya tiada apa-apa kerosakan teknikal. sebagai seorang guru silat, kolektor keris dia faham, ada sesuatu yang menumpang keretanya. Selepas dilakukan sesuatu keretanya kembali normal. Hasratnya untuk singgah di pusat membeli belah terkenal di damansara dibatalkan, dia terus pulang ke rumah saudaranya.
dia sms saya pada jam 2 pagi. saya tersenyum je tanpa membalas sms. sehinggalah pagi tadi saya call dia bertanyakan hal yang terjadi. dia mengatakan bahawa kayu usia tua ada tuannya. ada pemilik. sebab itu dalam tradisi melayu sebelum menebang sebatang pokok diberikan salam dan dibacakan doa nabi Ilyas. Dengan cara ini kayu yang ditebang akan lebih "berkat dan khasiatnya" tidak hilang, pemiliknya akan memberikan keizinan.
dalam kepercayaan melayu, bahawa pokok-pokok besar ada pemiliknya yang hidup di alam ghaib iaitu dunia jin, dunia hantu serta dunia bunian. Kayu kemuning seringkali dikaitkan dengan dunia bunian, sejenih makhluk yang hampir menyerupai dunia manusia. ada yang Islam dan kafir. Kemuning dikatakan kayu mulia bagi kelompok bunian. Tanpa meminta izin, akan ada hal-hal aneh yang terjadi.
No comments:
Post a Comment