hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Tuesday, February 16, 2010

kasih sayang

dari mana punai melayang
dari sawah turun ke padi
dari mana datangnya sayang
dari mata turun ke hati

pantun di atas sarat dengan makna dari lambang-lambang alam yang boleh diberikan pengertian seperti berikut:

dari mana punai melayang, kenapa burung punai dipilih sebagai simbol kasih sayang? Orang melayu seringkali mengambil fizikal manusia, flora fauna dan alam terbentang sebagai lambang pengucapannya. Fizikal manusia seperti kaki, tangan,kepala, jari, mulut mata, rambut dll sebagai lambang yang memperkuatkan makna. Misal kaki dihubungkan dengan bangku kaki bangku, membawa maksud orang yang tak pandai bermain bola atau kegiatan lainnya menggunakan kaki. Flora pula sering dikaitkan dengan kecantikan, keangkuhan, sifat rapat atau akrab dll. Misalnya seperti enau dalam belukar dikaitkan dengan sikap mementing diri dan angkuh. Seperti aur dan tebing bermaksud kerjasama yang erat, hubungan yang akrab, saling membantu dan seerti dengannya seperti isi dengan kuku.

Dunia unggas, haiwan dan satwa tidak terkecuali menjadi lambang ungkapan dan perumpamaan Melayu. Harimau mati meninggalkan belang,ular menyusur akar tak akan hilang bisanya, ayam bertelor sebiji riuh sekampung, anjing dengan bayang-bayangnya dan banyak lagi dan melibat semua jenis hidupan tersebut. Dalam konteks burung, burung punai dilambangkan kasih sayang kerana sikap romantik dan saling kebersamaan bagi yang jantan dan betina. Mandi bersama, makan berdua, tidor bersama dan ke mana-mana juga bersama. Ini adalah contoh kasih sayang sejati. Tidak digambarkan kasih sayang itu dengan burong hantu, yakni burong yang paling cemburu dan kerana kecemburuannya itu, ia sanggup membunuh pasangannya.

Dari sawah turun ke padi, kasih sayang tidak akan sempurna dan bertahan tanpa sokongan kebendaan atau keperluan hidup. Padi adalah lambang keperluan material atau nafkaf zahir. Mempunyai sawah tanpa padi juga tidak melengkapkan kasih sayang. Padi juga simbol kepada budi semakin semakin berisi samakin tunduk.

dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati, seseorang akan menyayangi seseorang yang lain berdasarkan pilihan dan kesesuaian yang dalam Islam dianggap sekufu atau bersesuaian dengan cita rasa dan pilihan hati..rumusannya, kasih sayang yang akan lahir dari pandangan mata, sesuai dengan dengan pilihan hati, dibantu dengan keperluan material (padi)/ekonomi, tanpa itu kasih sayang tidak bertahan lama....

No comments: