hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Saturday, December 31, 2011

anak

waktu kecil, anak.dah besar, orang

Wednesday, December 28, 2011

Kera

semua yang berkaitan dengan kera mengikut budaya melayu adalah negatif, yakni kera dapat bunga, kera kena belacan, kera sumbang, menyusukan kera di hutan dan macam-macam lagi perumpamaan yang disimbolkan manusia dengan kera...jadi jangan jadi kera sudahlah...!!!

Thursday, December 22, 2011

musoh

tak perlu memusuhi sesiapa dalam hidup, yang nak berkawan kita berkawan bersahabat, yang taknak kita tinggalkan, kita tak rugi apa-apa.

Friday, December 16, 2011

bicara keris

para sobat sekelian..ambo bagi pihat Perbadanan Adat Istiadat Selangor/Muzium Shah Alam mengundang para sobat untuk bersama-sama ke program bicara keris pada 20/12/2011:

ATURCARA PROGRAM BICARA KERIS : WARISAN MELAYU SEPANJANG ZAMAN

MASA PERKARA

8.00 pagi – 9.00 pagi
:
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi – 9.10 pagi
:
Bacaan Doa
Bicara 1
Pengumpulan Keris di Muzium Seni Asia :
Satu Cadangan Harta Warisan (Nomencalture)
Oleh:
Encik Abd. Aziz b. Rashid,
Ketua Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, KL
10.15 pagi – 10.45 pagi
:
Rehat dan Minum Pagi
10.45 pagi – 11.45 pagi
:
Bicara 2
Keris dan Adat Istiadat Melayu
Oleh :
Tenas Effendy
Karyawan Tamu, Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, KL dari Riau, Indonesia.
11.45 pagi – 12.45 tgh
:
Bicara 3
Keris dan Masyarakat : Cabaran dan Masa Hadapan
Oleh;
Encik Ramli b. Raman,
Pensyarah, Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, KL.
12.45 tgh
:
Persembahan Silat
:
Penyampaian Cenderamata
:
Makan Tengahari
:
Majlis Bersurai


· Moderator : Encik Majid b. Bujang, Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor

Wednesday, December 7, 2011

memartabatkan diri

ramai yang berjuang bermati-matian memartabatkan seni budaya termasuklah keris. katanya keris adalah warisan bangsa yang harus dipertahankan.maka macam-macam cara dilakukan. namun perjuang untuk mengubah diri tidak pernah terfikir. masih gitu-gitu juga. masih "merempat dalam kemiskinan".

Monday, December 5, 2011

tanah terbiar

hajat hati di tanah inilah nanti nak buat rumah nak ngabiskan sisa-sisa hidup selepas pencen nanti.

dok kat bandar bila usia tua rasanya tak berapa seronok.hirup pikuk, suasana sibuk dan kota tak pernah tidor ini dirasakan bukan tempat orang-orang tua.dok kat kampung sekurang-kurangnya adaaktiviti misalnya boleh berkebun, tanam pisang ataupun pokok-pokok buah sepokok kat belakang ghumah, bela ayam itek seko dua, boleh dengar ayam berkokok waktu subuh.

namun bila tengok tanah milik isteri yg dibelinya beberapa tahu yg lalu terasa pilu pulak hati. pilunya apakah nanti sempat ke tidak nak buat rumah atas tapak tanah tersebut. atau tanah tu terus terbiar penuh dgn semak samun..dan nanti kalau dibina rumah, rumah tu nanti jugak terbiar selepas ambo menghembus nafas terakhir dan ranap menyembah bumi..ini kerana orang sekarang lebih suka hidup di bandar2 kerana mudah cari makan walaupun bersesak-sesak dlm rumah flat yg sempit, panas dan bingit berbandung hidup di kampung yg tenang, sejahtera lagi menyihatkan. dgn bertanam sayur, menternak ayam itek, kambing lembu sekor dua sebenarnya dan cukup untuk keperluan hidup..malah mereka mampu menghantar anak2 ngaji sampai ke universiti, mampu pakai kereta sekeperluan..ada astro untuk hiburan,punya waktu ke surau madrasah dll.

malah kehidupan mereka jauh lebih selesa berbanding dgn orang bandar, lebih relaks dari jam kerjanya dan tak banyak masalah berbanding dgn orang bandar. sekolah2 di kampung jauh lebih baik dan cantik, tak perlu menghantar jemput, sekolah sepelaung je dari rumah, begitu juga sakit pening, tak perlu dapatkan kad hijau kuning dan merah, tak perlu nunggu lama-lama untuk dapatkan rawatan, klinik hospital banyak dan tak sesak seperti di bandar2....ah tercapaikah impian ini