hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Thursday, December 31, 2009

Estetika Ketuhanan

Entah kenapa sejak dua menjak ini, selera terhadap seni ukiran dan keris berubah angin, berubah citarasa, biar tidak berapa cantik, biar sedikit kasar tetapi memberikan rasa senang dan kepuasan mendalam. Mungkin kerana usia yang bertambah, kepala penuh uban, lutut sendi mula terasa longgar, citarasa dan estetika seni juga mengalami perubahan.

Saya mula berubah mencari tukang-tukang tua yang lengkap solat zikirnya, atau tukang-tukang muda yang lebih tebal imamnya, biarpun saya dalam soal agama ini masih terlalu jauh dari sempurna. Saya merasa seorang tukang yang memulakan kerjanya setelah solat wirid pada waktu subuh akan lebih tenang dalam berkarya dan berhenti pada waktu zohor dan sambung lagi setelah selesai solat asyar akan lebih baik, walaupun karya seni kurang bermutu berbanding dengan tukang-tukang yang gah dan bagus tetapi alpa agama.

Karya mereka sejuk untuk dimiliki, kerana dalam waktu yang sama, sewaktu dia mengukir atau menempa bukan hanya memulakan dengan bismillah, tetapi juga doa-doa dan zikir yang memberikan kekuatan pada besi, kemurnian pada setiap sobekuikir, dan ini amat bermakna, inilah karya seni Estetika Ketuhanan yang saya cari..

Wednesday, December 30, 2009

Rapuhnya Ekonomi Kita?

Semalam saya dihubungi oleh salah seorang kurator, ingin berbicara tentang barang antik. Oleh kerana kelas baru bermula saya tangguhkan pada tengahari tadi. Tepat jam 12 saya tiba di pejabatnya. Dia meminta jasa baik saya membantu rakannya seorang bisnessman yang sedang tenat kerana bisness down. Tidak mampu lagi membayar gaji pekerja, sewa pejabat dan banyak lagi hutang-hutang lainnya dan diambang bankrap.

Saya melihat foto koleksi antiknya. Banyak sekali. Dia adalah peminat barangan tembaga. Ada bermacam-macam dari seterika kepala ayam hinggalah cerek, dulang dan banyak lagi item yang lainnya dan kalau saya punya wang satu pertiga ruang tamu saya akan penuh dengan barangan tembaga.

Berdasarkan foto-foto yang saya lihat, 3 jenis barangan yang menggetarkan jantunghati saya iaitu seterika dalam pelbagai bentuk yang jumlah dalam 13 biji, dulang dalam 10 biji dan cerana dalam 12 biji yang beragam bentuk dan ukiran.

Dalam pada itu saya terfikir bertapa tenatnya bisness di zaman ini, rapuhnya ekonomi bangsa Melayu yang daya ketahanannya senipis kulit bawang. Hanya beberapa bulan sahaja bisness tak jalan, maka orangnya "jalan", apa lagi semuanya bergantung pada kontrak kerajaan, bergantung kepada parti pemerintah. Tanggapan saya bahawa dia adalah dari parti pembangkang di Selangor, apabila kerajaan yang wujud hari ini bukan dari partinya, segala-galanya akan hilang. Ini juga dia bukan peniaga tulin yang bermula dari bawah atau mandiri..ataupun hanya proxi kepada individu tertentu atau dulunya dia dari kelompok parti kerajaan terdahulu.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, dia harus menjual koleksi antiknya..itupun kerana minatnya terdahulu, jika tidakl, tiada apa-apa untuk dijual.

Selain dari itu, pengumuman budget 2010 yang lalu tidak banyak merangsang kenaikan ekonomi. Malah untuk tahun 2010 nanti kebanyakan agensi kerajaan akan mengalami pemotongan peruntukan antara 30-40% termasuklah institusi pengajian tinggi. Malah anak saya yang berada di salah sebuah asrama penuh juga terkena kesannya yakni terpaksa membayar RM600 untuk bayaran makan dan belum lagi benda-benda lain. Pada hal ini sekolah asrama penuh, betari showroom dll antara sekolah yang paling prestige di Malaysia dan contoh teladan boarding school di dunia.

Malah pengajian di peringkat universiti pun yuran pengajian dan asrama juga telah naik, qualiti makanan dikurangkan, keselesaan pelajar diabaikan dengan menempatkan lebih ramai siswa/i dalam asrama dengan mengisui penuh satu bilik kepada 3 orang, bayangkan dengan keluasan 15'x15' persegi, bertapa sengsaranya suasana penginapan di swesetengah institusi pengajian tinggi. Semuanya demi menjimat dan menutup kos pengurusan dan perhidmatan.

Lebih teruk lagi staf-staf kontrak yang mungkin bertahun-tahun lamanya bertugas dan menjadi sumber rezeki, tiba-tiba hilang punca sara hidup dan dengan sekelip mata menjadi penganggur....renung-renungkanlah, bersyukurlah dengan apa yang anda miliki hari ini.


Tuesday, December 29, 2009

Mengajar Kembali

Hari ini bermula kembali hari pertama semester 2 sesi 2009/10. Selepas selesai menanda kertas peperiksaan untuk semester pertama yang berlalu. Walaupun mahasiswa/i bercuti, kerja-kerja pentadbiran tidak pernah selesai dan amat membosankan. Apalagi cuti yang dipohon tidak diluluskan kerana kebetulan atau memang disengajakan oleh pengurusan dipilih atau dikemukakan untuk tujuan odit oleh unit penjaminan qualiti.

Kursus yang diodit telah berlangsung setahun lalu. Namun tidak pernah gusar atau ragu-ragu kerana semua item telah dikemukakan termasuklah kehadiran pelajar samada kuliah atau tutorial lengkap terisi, juga markah peperiksaan, analisis kehadiran, graf pencapaian, tugasan pelajar, nota kuliah (juga power point). Setakat ini tidak ada "ketidakakuran" yang diterima.

sebagai seorang pensyarah yang sekelas dengan guru, mengajar merupakan puncak tertinggi kepuasan dalam hidup. Memberikan kuliah kepada mahasiswa merupakan suatu kenikmatan tersendiri. Dengan berbicara, berdiskusi dan sewaktu dengannya, proses belajar manusia berlanjutan hingga ke akhir hayat. Untuk mengajar, seorang guru akan belajar yakni membaca, memahami, mencerna dan menyampaikan sesuatu ilmiah semudah dan sebaik mungkin. Proses ini akan memberikan ilmu baru setiap hari kepada seorang guru. Semakin banyak yang dibicarakan semakin banyak yang dia tidak tahu dan semakin banyak pencarian dan penggalian ilmu yang diterokai. Penerokaan ini akan berlanjutan selagi ianya bergelar guru.

Dunia ilmu terus berkembang, seorang guru bukan hanya harus mencerdikan muridnya tetapi harus mematangkan diri, ilmu apa yang harus dikemukakan, bagaimana ianya boleh memantapkan jatidiri, kematangan, kemahiran diri dan sahsiah muridnya...saya terkejut dihari pertama setelah kelas berakhir, dari pulohan mahasiswa seorang darinya bergegas menghampiri saya menghulurkan tangan bersalaman sambil mencium tangan saya lalu mengucap terima kasih...terasa nikmatnya menjadi seorang guru.

Monday, December 28, 2009

pending tembaga dan perak




harga dua biji RM600 termasuk DHL

kemuning emas (SOLD)



kemuning emas panjang 24in
lebar 5-6in
tebal 1.5 in
harga RM45/kg
pos percuma untuk semenanjung shj
SOLD OUT

Wednesday, December 23, 2009

resepi kemuning 1

kemuning hitam atau emas bukan sahaja digunakan untuk seni ukiran hulu dan sampir keris tetapi juga sebagai penawar atau ubat iaitu ubat cirit birit:
mudah je, ambil kemuning hitam gosok pada lubang lesung secukup rasa dan tambah air setengah gelas, kelihatan hitam, kekadang kehijauan ada juga coklat kehitaman. Air ini diminum, sebelumnya bacalah 3 kul dan selawat 3x lalu diminum, Insyaalah cirit birit dapat dikawal atau berhenti.

jika di rumah anda tidak mempunyai lesung atau pasu/guri tanah, anda mempunyi pilihan lain iaitu masukkan kemuning sebesar ujung jari kelinking ke dalam air panas setengah cawan, biarkan selama lima minit,kemudian minumlah air kemuning tadi. jangan dibuang kemuning tadi, bersihkan dan simpan kembali. ianya boleh digunakan sekurang-kurang untuk tiga kali rawatan..selamat mencuba.

Thursday, December 17, 2009

Bulan Muharam Dalam Budaya Melayu

Masuknya waktu Solat Maghrib pada malam ini makan bermulalah bulan Muharam mengikut kalendar Islam. Iaitu bulan yang terjadinya 10 peristiwa besar dalam sejarah umat Islam, antaranya peristiwa Karbala di mana cucu nabi Muhammad S.A.W terbunuh dan kepalanya dipancung oleh tentera Yazid bin Muawiyah..peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam, bulan kelaparan yang kemudian diraikan dengan bubur Assyura dan banyak lagi upacara dan ritual yang dilakukan.

Bagi kelompok mistik, bulan ini adalah bulan yang paling penting bagi mereka, apatah lagi 1 muharam jatuh pada hari jumaat. Pertama, segala barangan terutamanya harus dibersihhkan (dimandikan) seafdalnya antara 1-10 muharam. Dimandikan dalam konteks ini bermaksud akan diadakan suatu bentuk upacara membersihkan, meminyak dan mengasap kemenyankan senjata tersebut dengan cara dan upacara tertentu, dengan doa atau mantera tertentu pula agar isi, yoni, khadam dan lain-lain lagi terus betah dan ampuh menghuni senjata tersebut terutamanya keris.

Pada malam ini juga diharapkan turun hujan. Air hujan ini disimpan untuk dijadikan penawar, air hujan ini juga diginakan untuk siraman barangan mistik seperti tasbih kayu koka, kemuning hitam, teras kelor, barangan lama ataupun apa sahaja termasuklah juga pelunggo lembu, untuk tujuan penunduk, pengasih, kebal, ilmu ghaib dan sebagainya.

Barangan yang bersifat wafak seperti pending, azimat, tangkal dan banyak lagi dimasukan isi atau disakralmistikan pada malam ini dengan membaca yassin, bismillah 6 dan sebagainya..sekadar menyebut beberapa perkara untuk renungan bersama...Selamat menyambut awal muharamm..

Wednesday, December 16, 2009

kemuning hitam blak/plot untuk dijual






panjang 6in-24in
berat 750g-15kg
ukurlilit 4-12in
teras batang
harga RM50/kg
penghantaran percuma untuk s.malaysia shj

Tuesday, December 15, 2009

mistik melayu

Memahami bangsa Melayu walaupun berbangsa Melayu itu cukup rumit, cukup sulit dan penuh misteri serta rahsia. Pada pandangan dasar tidak banyak bezanya dengan bangsa-bangsa besar dunia yang lainnya. Mungkin ini proses sosialisasi yang berpanjangan dari dunia animisme, hindu budha, Islam dan dengan segala sirkulasi dan difusi yang berterusan dengan bangsa-bangsa lain.

Orang Melayu seringkali melihat sesuatu yang aneh, sukar diperolehi, misteri, melanggar kelaziman, keras dan sebagainya mempunyai nilai bukan hanya dari estetika, daya guna tetapi dikaitkan dengan alam ghaib, alam yang seringkali dikaitkan dengan dunia misteri yang cuba dirungkaikan dengan perkaitannya dengan objek-objek tertentu. Objek-objek itu boleh berupa flora fauna yakni tumbuhan dan haiwan, objek-objek alam yang lain seperti batu, tanah, air dan seumpamanya mempunyai hidupan lain yang mungkin menjadi daerah tinggal mereka, penguasa atau pemilik dan seumpamanya sehinggalah objek-objek semulajadi kemudian dikreasikan dalam bentuk barangan pengguna pun seperti kapak, pisau barang,lesung, terlalu banyak untuk disebut akan ada penghuni yang pelbagai pula yakni yang baik dan jahat, yang dingin dan yang keras, menjadi teman dan musuh, mengsejahterakan atau menghuruhrakan kehidupan manusia ciptaan Tuhan di atas muka bumi.

Objek-objek ini pula dikaitkan dengan sakralmistiknya. Ada cara untuk menguasai dan menenangkan, membuang dan memanggil. Semuanya disandarkan kepada objek-objek tertentu samada untuk perubatan dan kesihatan, permobomohan dan perubatan, pakaian diri dan pendinding, kiriman dan tuju-tuju.

Setiap objek mempunyai sidfat-sifat tertentu dan untuk kegunaan khusus lagi khas dan dengan perlakuan tertentu pula. Ada yang cara primitif, cara separa Islam dan cara sufisme yang rumit untuk dijelaskan kepada orang awam.

Objek-objek seperti kemuning hitam, keris, batu cincing, tulang haiwan, tumbuhan2 lain yang anih dan luar biasa dikatakan "mujarab" untuk tujuan tertentu. Kemuning hitam dikaitkan dengan orang bunian, jin Islam, menghalau hantu jembalang, baik untuk pakaian diri dan juga menjadi penawar racun. Maka kemuning hitam yang hidup di daerah perbatuan di pinggir2 gua di tanah tinggi dicari lalu dijadi batu cincin, tongkat, dibungkus dalam kain kuning dijadikan azimat dsbnya.

Benda bikinan manusia seperti keris, lesung, kapak prang dikainkuningkan dan diberikan nilai istimewa dengan zikir-zikir tertentu sehingga dikatakan mempunyai "isi" dan khadam yang pula boleh digunakan untuk segala macam tujuan baik atau jahat.

Benda tadi pula diwafakkan dengan simbol-simbol aksara jawi yang setiap satunya mempunyai khadam tertentu, diwafakkan pada keris, pending ataupun dituli terus pada kain, kertas lalu dibungkus rapi dalam kain yang dipakai di;lengan, dipinngang untuk ilmu kebal, penjauh dan lain-lain lagi bagi tujuan gah, hebat dan berkewibawaan...

Sesetengah "dihidupkan" dengan zikir-zikir tertentu dalam suasana setanggi sicolok Arab dibakar memenuhi ruang bilik yang digelapkam dengan menutup lubang dengan kain hitam di samping barangan tadi mengelilingi sejadah dikainkuningkan. Berzikir pula menggunakan biji tasbih dari kayu koka, kemuning hitam, teras kelo/gemunggal, raja kayu dan sebagainya. Selepas itu ada pantang larangnya misalnya cincin tidak boleh dibawa masuk tempat kotor misalnya tandas, tidak boleh disentuh wanita yang period dsbnya,...

Sunday, December 13, 2009

hulu keris

sebilah keris, tidak akan dipanggil keris jika tidak berhulu bersampir, batang serunai dan pendokok. Hulu keris terdiri dari pelbagai bentuk seni ukiran dan jenis bahan pembuatannya. Berapa jenis hulu yang cukup popular penggunaannya untuk keris Melayu adalah hulu tajung, jawa demam, pekaka, patah tiga atau kerdas, ayam teleng, burung kakak tua dan lain-lain lagi.

Bahan untuk hulu pula terdiri dari kayu kemuning, gading, tanduk, akar baha, gigi ikan, gerahang gajah, perak, tembaga dan sebagainya. Ukirannya pula tidak banyak bezanya dengan ukiran kasar yang terdapat dalam budaya melayu iaitu tampuk manggis, sulur kacang, ketam guri, bunga senduduk dan banyak lagi sama ada dalam ukiran coteng yakni berdasarkan garis-garis sobekan tidak dalam, ukiran separuh yakni tidak semua bahagian diiukir, atau ukiran penuh satu motif atau beberapa motif yang juga disebut ukiran bangsa agong.

hulu ayam teleng akar baha


hulu tajung kemuning hitam


hulu patah tiga berukir separuh ke
muning emas






tajung gerahang gajah


hulu burung kakak tua


hulu tajung gading gajah



hulu makara



hulu jawa demam perak


 
                                           hulu pekaka gading gajah


Thursday, December 10, 2009

Sundang Melela


Sundang sinonim dengan masyarakat Melayu warisan kesultanan Sulu di Selatan Filipina. Senjata utama masyarakat di daerah ini adalah sundang. Sejenis senjata panjang yang juga dianggap tergolong dalam rumpun keris dan juga pedang. Panjang dan besar sundang ini amat dipengaruhi oleh alam maritim atau kelautannya. Sundang juga adalah senjata multipurpos yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Jenis lurus atau berlok, seni ukiran dan ragam rias sundang berkait pula dengan fungsi dan daya guna, kuasa dan kekuasaan dan kelas serta status sosial.

Di semenanjung Tanah Melayu, sundang tidak begitu popular berbanding keris, badik dan senjata lainnya. Namun pengaruh sundang sedikit sebanyak wujud dalam masyarakat terutamanya hubungan terengganu dan dengan daerah Melayu di Filipina tersebut ratusan tahun yang lalu. Orang-orang Terengganu yang berhijrah ke sana melalui perkahwinan dan sebagainya masih wujud hingga kini terutama di daerah Tawi-tawi dan beberapa tempat lainya.

Kerana hubungan inilah sundang mendapat nafasnya di terengganu. Namun terdapat sedikit perbezaan antara sundang terengganu dan sundang masyarakat warisan Kesultanan Sulu walaupun tidak ketara yakni, sundang sulu mempunyai ikatan samada perak, rotan dan bahan lain diantata ganja dan bilah di kiri dan kanannya, manakala sundang Terengganu dalam keadaan polos sahaja.



Melihat fizikal sundang samada dari segi bilahnya tidak banyak bezanya dengan keris jawa atau Melayu yakni terdapat ganja/aring di bahagian bawahnya yang dihiasi kerawang yang konsepnya bersamaan dengan keris, berlok atau lurus dan juga berlurah . Proses seni tempatnya juga tidak jauh bezanya kecuali hulu dan sarungnya yang lebih menyerupai konsep parang ihlang atau sekelas dengannya.







RM2200

Wednesday, December 9, 2009

Keris Panjang

Keris panjang, juga disebut alang, penyalang, terabas dan terapang telah digunakan sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Keris tempaan Melaka samada yang dijadikan oleh sultan sebagai keris anugerah terhadap jasa atau perlantikan sebagai bendahara sehinggalah kepada buak-buak diberikan satu keris pendek dan satu keris panjang yang lurus (lihat Hikayat Hang Tuah, Kassim Ahmad 1964).

Tradisi keris pendek sebagai lambang daulat dan kewibawaan ini kekal dan terus menjadi tradisi kepada negeri-negeri yang beraja dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia. Kecuali Negeri Sembilan menggunakan lapan bilah keris panjang. Keris panjang atau penyalang adalah keris hukum atau lambang perundangan dalam menjamin kedaulatan, keharmonian dan keselamatan negara atau negeri. Hampir keseluruhan penyalang rasmi sultan dan Yang Dipertuan Agong berhulukan hulu tapak kuda berukiran bungan patma lima tingkat. Hulu tapak kuda menggambarkan kekuatan dan kewibawaan, bunga patma sebagai "ubat" yang menyembuh dan mensejahterakan rakyat.

Pada zaman dulu, keris panjang ini digunakan dalam melaksanakan hukum bunuh yang ditikam dari bahu menembusi jantung, perut sehingga tembus keluar melalui tulang rusuk di samping disula dengan buloh. Dengan menggunakan keris panjang, sipesalah diharap cepat mati dan tidak lama menanggung kesakitan berbanding menggunakan keris pendek tempaan Melaka.


Keris panjang atau penyalantg adalah keris panjang biasa yang boleh dimiliki oleh rakyat. Keris yang sama jika bertatah atau hulu dan sampir serta batang serunainya diperbuat dari emas perak disebut terabas atau terapang (harubi/marubi-istilah hulu sampir yang diperbuat dari emas) khusus untuk raja dan pembesar sahaja.



























Keris yang dalam bentuk yang sama juga terdapat dalam kebudayaan Melayu. Namun fungsi dan daya gunanya juga berhubung dengan anugerah dan kuasa. Keris ini dipanggil anak alang, iaitu keris yang dianugerahkan oleh sultan atau raja kepada penggawa, penghulu atau tok empat yang diberi kuasa memerintah satu-satu daerah sebagai wakil sultan atau raja. Keris anak alang ini ada berbagai jenis iaitu anak alang guling, anak alang ubi melilit, anak alang berlurah dan sebagainya.

Khidmat dukun....

Semalam seharian terperap dalam bilik membaca buku-buku dan menyediakan nota kuliah untuk sesi depan, terasa badan pegal-pegal. dalam perjalanan pulang pekena secawan kopi. Seperti biasa tokey kafeteria tempat saya minum akan joint sekali. Mulanya bertanya khabar sebab lama saya tak lepak di situ dan bercerita tentang bisness yang semakin murong bukan kerana masalah ekonomi, tetapi peraturan baru universiti yang menjadikan kampus kawasan bebas rokok. Katanya, pelanggan dalam lari keluar samada waktu makan tengah hari, minum pagi atau petang. Saya cuma mengangguk kepala simpati.

Kemudia dia mula bercerita tentang keadaan yang tidak normal sebulan dua yang lalu, dirinya sakit-sakit dan rasa tidak selesa bila berada di cafenya tak kira waktu. Rasa panas dan marah-marah tak tentu pasal sering terjadi. Saya rasa pelik juga, janda ini baru saja berkahwin semula. Sepatutnya lebih romantis atau ceria setidak-tidaknya dapat semua yang lebih muda. Saya tanya tentang suami barunya manalah tahu bermasalah dari segi batin atau kewangan. Pertanyaan saya mungkin sensitif, tetapi itu hakikat yang harus diketahui bagi tujuan membanti, jika boleh tolong bawa berubat atau yang lainnya. Sambil berbual, suaminya datang menyapa saya.

Suaminya juga bercerita hal yang sama, saya tanya dah cuba berubat atau jumpa pakar. Dia menjawab dah ke doktor termasuk;lah bertemu dengan doktor pakar, tetapi tidak berhasil yang ditelan suamio isteri setiap malam adalah ubat tidor..ah sampai begitu sekali penangannya. Saya tanya lagi, dah jumpa ustazd atau orang alim, jawabnya dah berbotol-botol minum air doa. Tak juga sembuh-sembuh. Anih juga!!

Pendek cerita, saya sarankan melakukan rawatan alternatif cara Islam. Pada waktu itu saya talipon teman saya Hj Mat bekas tukang urut pasukan hoki Malaysia, seorang lagi ustaz Halim sarjan polis serta Ustaz Wan seorang arkitek bagi membantu sahabat saya ini.Dia semacam kecewa dengan bomoh kerana katanya bayaran yang dikenakan lebih mahal dari doktor swasta. Ada hok minta datang 3kali dan kali ke 4 pelepas dan sebagainya. Saya ketawa tersembur teh tarik, bila dia cerita ada seorang dukun minta seekor beruk dan seguni beras di samping duit RM799.99 ...harga seekor beruk kalau yang anak sekitar RM200, yang boleh panjang kelapa antara RM1500-3000, bayangkan pengerasnya...saya sambung lagi.


Monday, December 7, 2009

Renungan

Setelah 3 bulan tidak memegang apa-apa jawatan dalam pengurusan, terasa hidup lebih bermakna. Banyak waktu dapat difokuskan kepada tugas-tugas hakiki sebagai seorang tenaga akademik. Waktu untuk mengurus anak-anak lebih teratur. Tidak seperti dulu, anak kadang-kadang terpaksa menunggu berjam-jam untuk dijemput pulang dari tuisyen. Mesyuarat tak pernah habis, banyak kelas terpaksa ditangguh.

Selepas menerima surat tunjuk sebab yang terpaksa dijawab tidak kurang dari 50 perkara dari pejabat pengurusan, akhirnya terasa juga ingin melepas jawatan pada waktu itu, tetapi memandangkan kontrek untuk jawatan ketua akan berakhir pada 31 ogos, hasrat itu ditangguhkan biarlah kontrek habis. Dalam pada itu pertemuan dengan pengarah memohon agar tidak disambung lagi berhasil bersama-sama dengan tiga rakan ketua yang lain dan seorang timbalan pengarah. Apakah logik, ketua jawatan dan timbalan pengarah rendah prestasi? Terdahulu tahun 2007 saya telah menerima Sijil Anugerah Cemerlang, 2008 menerima Anugerah Perhidmatan Cemerlang. Begitu juga Timbalan Pengarah menerima Anugerah Perhidmatan Cemerlang pada tahun 2009, tiba-tiba menerima surat tunjuk sebab Kakitangan Rendah Prestasi yang kemudiannya dia menolak dan tidak menerima anugerah tersebut. Bayangkan bertama kucar kacirnya sistem pengurusan dan pentadbiran .

Namun jam 12.30 dinihari tadi, setelah bosan membaca beberapa artikel saya keluar minum di sebuah restoran mamak. Bertemu dengan beberapa orang pengawal keselamatan yang memberikan khabar gembira bahawa salah seorang timbalan pendaftar d ditukarkan ke bahagian lain. Onar angkara datangnya dari beliau, dan sebagai seorang yang berkaliber pengurusan tidak sepatutnya bertindak tanpa melihat fail-fail peribadi seseorang staf. Seorang pengurus tidak seharusnya bertindak dan membuat keputusan dengan hanya mendengar lapuran secara lisan.

Hari ini berita yang diterima dini hari tadi adalah benar. Renungannya, jangan jadi "lebih sudu dari kuah", bila menjadi pengurus berlaku adillah kepada semua orang, tidak kira yang bawahan atau atasan. Dan percayalah bahawa doa atau seranah orang teraniaya itu berkat dan diterima Allah. Yakinlah bahawa kelapangan dalam hidup merupakan rezeki yang tak ternilai, wang ringgit, pangkat serta kuasa bukan segala-galanya. Banyak waktu rehat dalam hidup memberikan waktu untuk menilai apa yang telah dikerja dan apa akan bakal dilaksanakan secara waras dan saksama....

Keris Patanni Lok 3










Detail Keris: Lok 3
Hulu: Patah 3/Kerdas Kemuning (baru)
Sampir: Bugis Pattani Kemuning (baru)
Batang serunai: Sena/Angsana (baru)
Panjang keseluruhan: 221/2in
panjang bilah (tidak termasuk puting/pesi) 181/2in
(SOLD)

Wednesday, December 2, 2009

Perhiasan Perempuan

Wanita tidak kira apa bangsapun menginginkan diri kelihatan cantik sesuai dengan kemampuan yang mereka miliki. Bukan hanya bermakup berdandan berhias, mereka juga tidak dapat lari dari perhiasan diri. Bukan hanya kerlipan kilauan emas permata tetapi juga kilauan perak tembaga serta gerek. Malah bagi wanita moden masa kini eksoserinya pelbagai. Dari emas intan berlian, tempurung dan kulit cengkerang sehinggalah kepada plastik. Dari yang murah sampailah yang mahal. Yang pentingnya kelihatan cantik dan fashionable, up to date, kontemporari dan elegance, shopisticated dsbnya.

Bagi wanita masa lalu hal yang sama juga berlaku. Di bawah ini dikemukakan beberapa bendawi hiasan diri yang praktikal di zamannya. Pending atau ikat pinggang adalah sesuatu kemestian. Ini adalah kerana jenis kain dan pakaian yang mewah itu terutamanya songket memerlukan sesuatu yang kuat mengikat di pinggang. Ini adalah kerana songket yang tebal dan licin harus dirapikemaskan dengan ikat pinggang atau pending.








koleksi peribadi

Bukan itu sahaja, di leher harus berhias emas perak. Rantai leher juga bervariasi jenisnya, ada beruratrenda, bermayang berbunga dan sebagainya. Ini menambah keanggunan pemakainya









koleksi peribadi

Pendek kata, dipinggang tali pinggang, di leher rantai berurai, di lengan pula berdokoh bergelang. Terdapat bermacam-macam dokoh dan gelang. Antara yang cukup popular adalah lekap yang besar ukir tembus perak bermotif bunga-bungaan sesuai dengan empunya diri bernama Seroja, Melati, Cempaka dan sebagainya. Anggunnya seorang wanita seanggun budi dan perhiasannya.