hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Wednesday, April 27, 2011

tentang keris

malam tadi saya berpeluang sekali lagi menikmati dunia seni lukis, kebetulan di muzium seni asia, um berhampiran dgn rumah sewa saya. dunia lukisan adalah seni yg saya minati sama seperti seni ukiran kayu, tenunan songket dan seni kulineri..selepas itu saya lepak dgn beberapa orang rakan perkerisan..berbicara seputar tentang keris..kata teman saya, apa yg kita cari sebenarnya tentang keris? terdiam sebentar sambil menyalakan rokok suryanya, dia menyambung lagi, ada dua tiga bilah dah cukuplah, cukup sebagai pewaris bangsa.bangsa melayu, cukuplah memahami kreasi nenek moyang, tapi katanya lagi sesetengah orang menjadi taksub dgn keris, seolah-olah keris adalah segala-galanya tentang bangsa ini, seolah-olah menjadi beban amanah kebudayaan.




dan katanya ramai yang taksub tentang keris, dgn memegang sebilah keris seolah-olah dah bertemu dgn agama, bertemu dgn tamadun dan macam-macam lagi. saya seperti biasa hanya menjadi pendengar setia..ucapnya lagi, ke sana ke sini mencari ilmu tentang keris mengalahkan research seorang sarjana material culture/budaya bendawi, membeli bermacam-macam jenis, sanggup bergadai bergobek, sanggup melupakan keperluan anak isteri, menghabiskan waktu berjam-jam di mana-mana berbicara tentang keris, betelagah dan seumpamanya.



katanya lagi, alangkah baiknya waktu yg terluang itu digunakan untuk belajar agama ke, mengajar anak atau menemani anak-anak study, membantu isteri mengurusi rumah tangga..lalu saya bertanya, ke mana hala tuju you tentang keris sekarang!! dia menjawab selamba jee.. i akan lepas beperingkat keris-keris yg dimiliki.. i akan simpan dua tiga bilah yg terbaik sahaja. katanya lagi, betul keris boleh dijadikan harta tetapi harta yg sulit untuk dicairtunaikan. lebih baik beli insuran pendidikan kepada anak-anak, kita bukan peniaga dan saya bukan pengajar, hanya pengagum budaya, tak lebih dari itu..saya dah banyak berhabis untuk keris, mengejar keris ke mana-mana, ke jawa, madura, bali, sulawesi, ke siam dll.



tambahnya lagi, setiap ada pameran dia pasti ada dan pasti membelinya, di rumahnya keris macam-macam ada, bertambah setiap hari, membersih,merawat, bertemu tukang, beli kayu dll lagi sehingga anak isteri terabai, dgn nada kesal dia menghentikan bicaranya seolah-olah menyesali keterlanjuran dan taksubnya tentang keris, sambungnya lagi.. i nie sampai peringkat "mabuk", tak boleh tengok apa yg orang ada, i juga nak...kalaulah duit yg buat beli keris tu i gunakan untuk tambah bilik renovation rumah, anak-anak tak perlu berkongsi bilik, kalaulah duit tu juga i kumpul beli suv, mpv, taklah bersumbat macam ikan sadin, beli barang kemas kat bini, kalau sesak boleh gadai atau jual...saya mencelah..jual jee, jawabnya dia akan menjualnya satu demi satu..itupun kalau laku mengakhiri lepak kami

Monday, April 25, 2011

menyalahkan orang

kita seringkali menyalahkan orang atau mencari kambing hitam..kalau dah gagal anggap sajalah ianya kelemahan kita, anggaplah kita yg bodoh dsbnya. kerana apa yg kita lakukan itu semuanya atas kehendak kita, walaupun kekadang berdasarkan pendapat orang atau seumpamanya...kita yg menentukan.

Monday, April 18, 2011

letih

terlalu letih hidup ini....

Saturday, April 9, 2011

buku keris lombok


                                                              untuk rujukan

Friday, April 8, 2011

menolong orang

seorang teman datang ke rumah setahun yg lalu meminta bantuan untuk memasukkan anaknya yg baru tamat diploma ke program degree di salah sebuah ipta. anaknya cuma memperolehi pgnk 2.6 sahaja. permohonan via online gagal mendapat tempat. atas bantuan saya dan rakan-rakan beliau berjaya diterima di salah satu ipta. selepas itu tidak ada khabar berita. kemudiannya dia datang lagi membawa salinan borang permohonan biasiswa meminta bantuan sekali lagi. saya kata saya cuba. Setelah sekian lama, semalam dia hubungi saya via talipon marah-marah kerana anaknya tidak memperolehi tawaran biasiswa. macam-macam perkataan yg tak sepatutnya diucapkan kepada saya, tak kenang budi, tak tau berkawan dan tak perlu disebutkan di sini. saya jawab relaks je..pertama anak tuan masuk u pun ikut pintu belakang, tanpa pertolongan orang. sebab saya juga minta pertolongan rakan-rakan dgn pelbagai cara, pelbagai alasan sehingga dia diterima masuk. untuk biasiswa bukanlah sesuatu yg mudah, pertama pencapaian akademik mestilah cukup cemerlang setidak-tidaknya pngk 3.5 ke atas, kedua pemberian biasiswa tertakluk kepada bidang keutamaan, bukan semua bidang, apalagi bidang-bidang sains sosial yg tidak mempunyai prospek kerjaya.

walaupun diberikan penjelasan, dia tetap marah-marah kepada saya, lalu saya jawab, kenapa tak bagi penampar sahaja anak kita "yg bodoh itu", kenapa nak marahkan orang. Kalau anak kita kurang cerdik atau gagal kita nak salahkan orang!!! salahkan guru kononnya guru tak pandai mengajar!, salahkan sistem pendidikan, salahkan menteri dan macam-macam lagi..itu tidak betul..apatah lagi, ada pinjaman ptpn, kalau kita sememangnya mampu kenapa nak bergantung pada ptpn, pada biasiswa..dah dapat tempat di ipta itu dah cukup rahmat kerana yuran pengajiannya cukup rendah berbanding dgn ipts..sekadar renungan pagi jumaat.

Wednesday, April 6, 2011

"Labuk"

labuk adalah dialek daerah kelantan yg merujuk kepada adat, adab, kebiasaan dan cara hidup yg bersopan santun dan seumpamanya. Hal ini amat penting jika kita ingin menjadi atau memasuki "puak kita" dalam sesuatu masyarakat terutamanya masyarakat desa atau "orang kampung" atau budaya lain walaupun sebangsa. Kalau tidak takkan timbul peribahasa "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum", jangan jadi "rusa masuk kampung" dan seumpamanya. Dgn kata lain kita seharusnya mempelajari sedikit sebanyak budaya tersebut untuk memudahkan berhubung atau berkomunikasi atau seumpamanya. Jadi belajarlah"labuk" untuk memudahkan anda di mana sahaja.

alang




                                          hulu tapak kuda perak permata delima
                                          sampir kemuning emas
                                          batang serunai sena berbelang pusar

Sunday, April 3, 2011

rujukan seni ukiran dan keris melayu


             
                                              buku terbitan perbadanan kemajuan
                                                            kraf malaysia
                                               tahun 2009 ini baik untuk rujukan
                                                      tentang seni ukiran kayu
                                                            dan juga keris melayu

Friday, April 1, 2011

hulu tajung seghora, selatan thai








jika sekali imbas mungkin tidak ada perbezaan hulu tajung segora dengan hulu tajung pattani, chenok, raman, kelantan dan indonesia yg kemudiannya. namun setiap hulu tajung tersebut mempunyai ciri-ciri asas dari segi struktur bangunan dan binaan, motif dan jenis ukiran, kecil besar, panjang pendek, gemok kurus, mendongak, lurus dan "cengik" muncung tetuang, berdagu atau tidak, berjanggut atau kosong, struktur mulut dan gigik serta lain-lain lagi. namun yg jelas hulu tajung segora lebih simple dan sederhana seni ukirannya...untuk perbincangan