hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Wednesday, April 27, 2011

tentang keris

malam tadi saya berpeluang sekali lagi menikmati dunia seni lukis, kebetulan di muzium seni asia, um berhampiran dgn rumah sewa saya. dunia lukisan adalah seni yg saya minati sama seperti seni ukiran kayu, tenunan songket dan seni kulineri..selepas itu saya lepak dgn beberapa orang rakan perkerisan..berbicara seputar tentang keris..kata teman saya, apa yg kita cari sebenarnya tentang keris? terdiam sebentar sambil menyalakan rokok suryanya, dia menyambung lagi, ada dua tiga bilah dah cukuplah, cukup sebagai pewaris bangsa.bangsa melayu, cukuplah memahami kreasi nenek moyang, tapi katanya lagi sesetengah orang menjadi taksub dgn keris, seolah-olah keris adalah segala-galanya tentang bangsa ini, seolah-olah menjadi beban amanah kebudayaan.




dan katanya ramai yang taksub tentang keris, dgn memegang sebilah keris seolah-olah dah bertemu dgn agama, bertemu dgn tamadun dan macam-macam lagi. saya seperti biasa hanya menjadi pendengar setia..ucapnya lagi, ke sana ke sini mencari ilmu tentang keris mengalahkan research seorang sarjana material culture/budaya bendawi, membeli bermacam-macam jenis, sanggup bergadai bergobek, sanggup melupakan keperluan anak isteri, menghabiskan waktu berjam-jam di mana-mana berbicara tentang keris, betelagah dan seumpamanya.



katanya lagi, alangkah baiknya waktu yg terluang itu digunakan untuk belajar agama ke, mengajar anak atau menemani anak-anak study, membantu isteri mengurusi rumah tangga..lalu saya bertanya, ke mana hala tuju you tentang keris sekarang!! dia menjawab selamba jee.. i akan lepas beperingkat keris-keris yg dimiliki.. i akan simpan dua tiga bilah yg terbaik sahaja. katanya lagi, betul keris boleh dijadikan harta tetapi harta yg sulit untuk dicairtunaikan. lebih baik beli insuran pendidikan kepada anak-anak, kita bukan peniaga dan saya bukan pengajar, hanya pengagum budaya, tak lebih dari itu..saya dah banyak berhabis untuk keris, mengejar keris ke mana-mana, ke jawa, madura, bali, sulawesi, ke siam dll.



tambahnya lagi, setiap ada pameran dia pasti ada dan pasti membelinya, di rumahnya keris macam-macam ada, bertambah setiap hari, membersih,merawat, bertemu tukang, beli kayu dll lagi sehingga anak isteri terabai, dgn nada kesal dia menghentikan bicaranya seolah-olah menyesali keterlanjuran dan taksubnya tentang keris, sambungnya lagi.. i nie sampai peringkat "mabuk", tak boleh tengok apa yg orang ada, i juga nak...kalaulah duit yg buat beli keris tu i gunakan untuk tambah bilik renovation rumah, anak-anak tak perlu berkongsi bilik, kalaulah duit tu juga i kumpul beli suv, mpv, taklah bersumbat macam ikan sadin, beli barang kemas kat bini, kalau sesak boleh gadai atau jual...saya mencelah..jual jee, jawabnya dia akan menjualnya satu demi satu..itupun kalau laku mengakhiri lepak kami

No comments: