hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Monday, November 30, 2009

keris melayu






Keris Tok Chu Kusriwo

pendokok kuseriwa


Pendokok Perak 92.5 (RM480)



Pendokok perak 92.5 (RM380)

Saturday, November 28, 2009

Pendokok





Pendokok Tajung





Pendokok Tali




Pendokok Kelopak Teratai


Sebilah keris tidak akan dipanggil keris jika ianya tidak berhulu sampir, berbatang serunai dan berpendokok. Pendokok adalah penutup hulu yang berperanan  "memegang" puting keris. Pendokok juga dipanggil cincin, kili-kili, mendak dan sebagainya. Ianya adalah cincin terletak diantara hujung hulu dan ganja keris.

Terdapat bermacam-macam jenis pendokok keris yakni yang diperbuat dari emas, perak, suasa, gangsa, tembaga dan lain-lain lagi. Bentuknya pula antara lain tajung, bugis patani, pacat kenyang, teratai, telur ikan dsbnya. Sebiji pendokok diilhamkan berdasarkan pahatan/ukiran pada logam samada ukiran tembus atau pahatan permukaan dan juga casting. Ukiran yang terdapat pada pendokok tidak banyak bezanya dengan ukiran kasar pada sebuah rumah, atau ukiran halus pada sebuah sampir atau hulu keris, motif-motifnya tidak jauh bezanya dengan capan batik atau tenungan songket. Ukiran seperti ketam guri, bunga teratai, bunga cengkih, pakis, sulur kacang, bunga-bungaan dsbnya.

Sebilah keris secara fizikalnya hanya dapat dilihat hanyalah hulu dan sampirnya serta kilauan germalapan pendokoknya. Semakin bagus pendokok, di samping plot dan belak kayu serta ukiran, pendokok memberikan citra citarasa pemilik sebilah keris. Semakin cantik dan berseninya sebiji pendokok semakin menyerlah dan gahnya sebilah keris..

Jenis-jenis dan bentuk pendokok dapat pula menjelaskan fungsi atau peranannya bukan hanya hiasan keris, tetapi juga juga kedudukan seseorang individu pemiliknya. Malah ciri-cirinya yang khas lagi khusus dapat memberikan maklumat dari daerah mana ianya berasal. Misalnya pendokok yang berleher panjang kebiasaannya berasal dari daerah Bugis, dan bugis ini pula berbeza dengan bugis Sulawesi dengan Bugis Terengganu, mahupun Bugis Kelantan-Pattani. Ada gaya Palembang, gaya Minang dsbnya.

kegahan pending melayu















Foto-foto di atas saya ambil dari Tuahbugis Multiply.com. Alamshah67.multiply.com dan dari rakan yang lainnya untuk menggambarkan pending menambah kekacakan kepada pemakainya. Ianya juga memperlihatkan kemewahan dankewibawaan . Inilah dunia pending Melayu, gah dipakai, cantik dipandang, bangga memiliki.

Pending Wanita Melayu


Pending Perak
Pending dipakai di kalangan wanita dan lelaki Melayu seawal abad ke 15 lagi terutamanya oleh masyarakat Melayu Kelantan-Patani. Ianya dikatakan berawal dari pengaruh istana Siam. Cirinya yang unik disamping untuk mengemaskan ikatan kain, ianya juga menggambarkan keanggunan pemakainya.


Pending tembaga




pending perak




pending perak




pending perak








                    pending perak penyeri hiasan

Friday, November 27, 2009

mengenali pokok kemuning







Pokok kemuning mempunyai pelbagai khasiat samada digunakan dalam perubatan tradisional ataupun moden. Murraya paniculata dalam istilah sainstifiknya telah digunakan oleh orang melayu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya untuk mengubati penyakit sesak nafas, bahan asas rawatan lepas bersalin, kencing manis, lemah tenaga batin. Di samping itu juga telah ratusan tahun digunakan bagi tujuan ukiran hulu dan sarung keris kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan dunia mistik.

terdapat beberapa spesis iaitu hitam dan emas, selain berdasarkan persekitaran hidupnya yakni kemuning pulau, kemuning kuning atau limau yang tumbuh di kampung-kampung dan semakin berbatu atau di daerah bergua, semakin bagus plot kayunya.

ianya juga digunakan untuk membuat bahan pewangi, di samping penggunaan untuk kesihatan dan kecantikan.

pending tembaga dala



pending tembaga dala

Pending digunakan secara meluas oleh masyarakat Kelantan sejak abad ke 17 lagi. Ianya digunakan dalam mengemaskan ikatan pada kain yang dipakai di bahagian pinggang. Eksesori ini diperbuat dari emas, perak, suasa, tembaga dan juga bahan-bahan lain. Terdapat beberapa jenis berdasarkan garapannya. Tembaga dala ialah campuran antara perak dan tembaga yang kelihatan seperti emas. Manakala jadam kemasan akhirnya berwarna hitam.

pending jadam tembaga




Pending Jadam Tembaga

Kemuning Hitam 2



kemuning hitam 2kg RM200

Thursday, November 26, 2009

kemuning hitam





Teras kemuning hitam
Berat 3kg : Harga RM300


Kemuning hitam antara spesis kemuning yang cukup popular dalam masyarakat Melayu. Ianya digunakan dalam seni ukiran hulu dan sampir keris. Juga digunakan sebagai item mistik di samping sebagai bahan penawar diarea, keracunan makanan serta penawar racun yang lain. Dikatakan amat efektif menurangkan bisa ular dan haiwan berbisa yang lainnya. Selain itu, kemuning jenis ini digunakan sebagai ubat untuk mengurangkan rasa sakit. Minyaknya bagus untuk rematik atau sengal-sengal sendi