hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Friday, December 31, 2010

tajung tiga serangkai



keris kekuasan zaman dulu, warisan melayu bangsa agong.

Thursday, December 23, 2010

yang terbuang


tunggul kemuning hitam nie pada mata biasa tiada
apa yang istimewa, namun secara perubatan dan mistik
nilainya tinggi yakni penawar racun, menghalang makhluk ghaib dsbnya.
ambo akan cuci sebersih mungkin dan akan hanya dijadikan hiasan rumah bagi
tujuan mengurangkan racun keris dalam udara di rumah ambo.
wallahualambissawab

Sunday, December 19, 2010

hulu dari kemoh/siput laut





hulu patah 3 dan pekaka dari kemoh/siput laut ini hendak dilepaskan
berminat sila call 0122910074

Tuesday, December 14, 2010

bukan dukun

semenjak dua menjak nie saya dihubungi dan ada yang datang ke rumah dengan segala macam penyakit, ada yang terkena sampuk, buatan dan kiriman orang, santau pukau, lemah tenaga batin, tak selera terhadap suami atau isteri serta macam-macam lagi.. saya bukan bomoh, dukun dan pawang, hanya seorang pengkaji dan berjualan sedikit-sedikit..juga bukan ahlimistik atau spritual yg mampu scan penyakit.

saya kira terdapat bomoh atau pengamal perubatan alternatif samada secara tradisional atau perubatan Islam. Malah kita juga mempunyai kepakaran perubatan yg moden lagi canggih. cuma pesan saya, pilih-pilih dan survey dululah sebelum melakukan rawatan. tidak semua bomoh baik dan bertangtgungjawab. terdapat bomoh-bomoh yang mengambil kesempatam di atas kesempitan orang lain. lihat juga kos-kos rawatan yang dikenakan dan jenis-jenis rawatan yang dilakukan dan perangkat yang perlu disediakan..ada sesetengah bomoh mengenakan persyaratan yang anih-anih dan seumpamanya dan bayaran dikenakan luar biasa jumlahnya.

malah benda-benda yang dimintanya tidak masuk akal dan haram mengikut agama Islam. Misalnya darah haid wanita, hati kelawar, tanah khubur, kain kapan dan banyak lagi. Tidak semua dukun itu negatif sifatnya. Ada yang sederhana sekali. tanpa meminta apa-apa bayaran dan terserah kepada pesakit. Sanggup pula melakukan rawatan bila-bila masa. dan seboleh-bolehnya carilah pengamal perubatan alternatif Islam sesuai dgn kita sebagai seorang Islam, yakni dgn doa-doa dan bacaan surah-surah Al Quran, yakin dan percayalah kepada Allah Taala, dia yang menjadikan kita dan kepadaNya kita kembali.

Jangan gadaikan maruah anda kerana hanya anda percaya bahawa anda telah "terkena", pada hal tiada apa-apa yang terjadi, mungkin jodoh anda lambat bukan kerana guna-guna orang, mungkin ada cukup sihat tetapi tidak bertenaga untuk melakukan seks akibat tekanan kerja, mungkin anda sakit pening tetapi itu adalah fitrah manusia, merasa gelisah dan resah bukan kerana buatan orang tetapi jiwa yang kosong tanpa pengisian batin..lebihnya berwuduk solat lima waktu, solat sunat hajat dan bacalah berberapa surah Al Quran, mungkin permulaan rasanya kurang selesa, tetapi dgn melakukannya setiap hari, anda akan memperolehi fadilatnya.

terakhirnya saya bukan dukun, namun sebagai seorang manusia, apa yang termampu, saya akan bantu menemukan dukun-dukun yg boleh dipercayaai yg saya kenali di sepanjang research yg pernah saya lakukan..Insyaalah.

Monday, December 6, 2010

permata akar ular cintamani/khazanah dari laut


akar ular cintamani juga dikenali dgn nama uli-uli di indonesia. akar ini adalah sejenis karang yang bersisik seperti sisik ular..ianya dikatakan sama species dengan akar bahar yang lebih besar berbanding dgn akar ular cintamani. akar bahar biasanya terdapat beberapa jenis yakni hitam, putih dll lagi digunakan sebagai bahan untuk hulu keris, gelang, permata cincin dan bahan perubatan.. manakala akar ular cintamani yang lebih kecil digunakan ubntuk permata cincin dan bahan perubatan serta barangan mistik yang lainnya. wallahualambissawab.

                                                  RM150 sebiji

Friday, December 3, 2010

permata cincin teras kelor/gemunggal

bagi masyarakat melayu sesuatu yang anih, misteri, sulit diperolehi dan seumpamanya dianggap mempunyai nilai mistik dan dijadikan objek spritual. ini termasuklah pokok kelor/gemunggal yakni sejenis pokok yang rapuh dahannya dan jarang sekali beteras, jika ianya mempunyai teras dianggap berkhasiat dan mistik .pokok yang sedap dibuat masak sayur air campur dengan betik muda ataupun daun mentahnya dicampur dengan hirisan serai, kobis, daun pucuk serai kayu, hirisan timun yang enak dicampur atau dimakan bersama lasa/laksan lemak orang kelantan,

terdiri dari 3 species berdasarkan daerah tumbuhnya yakni tanah pamah, pergunungan dan pulau, dipercayai dapat menghalang sihir, barang pelaris dan menghalang gangguan makhluk halus. ianya cukup popular dibuat permata cincin kerana warna coklat bercampur sedikit kehitaman. apalagi jika digilapnya ianya bersinar dan menawan...

1. Menawar racun dalam makanan/minuman


2. Menjauhkan diri dari hikmat sihir

3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu

4. Menakutkan ular & binatang bisa

5. Mengeluarkan raksa dari tubuh

6. Menjauhkan dari kecurian

7. Lain-Lain Penawar Penyakit : Sakit mata, rabun ayam, sakit kuning, sengal tulang,

alergi/alahan, luka bernanah, sukar buang air kecil, bengkak, mengurangi rasa sakit,

pitam/pengsan, busung, kencing bernanah, kurap.

wallahualambissawab..

                                             RM100 perbiji





Wednesday, December 1, 2010

seminar, pameran dan pertandingan keris 2010 anjuran PURBA nusantara SeLANGOR

Start: Dec 13, '10 08:00a


End: Dec 19, '10

Location: PADAT Selangor (Muzium Shah Alam). Selangor, Malaysia

Persatuan Purba Nusantara Selangor (PURBA Selangor) dgn kerjasama Perbadanan Adat Selangor (PADAT) dan Jabatan Kebudayaan Negara akan menganjurkan festival keris Melayu yang akan berlansung:



Tempat: PADAT Selangor (Muzium Shah Alam)

Tarikh:13-19 Disember 2010

Aturcara:

1. 13-19 Disember 2010 pameran dan jualan keris

2. Seminar forum 18 Disember 2010

3. Pertandingan keris 19 Disember 2010



1. Pameran dan Jualan Keris terbuka kepada ahli dan orang awam, namun setiap boot/meja di kenakan bayaran RM450 untuk satu meja/boot.

2. Seminat dan forum:

Pembicara yang dijangkakan membentang kertas seminar dan forum

a. Pak Tenas Effendi dari APM, Um/ Yayasan Tenas Effendi, Riau,

Indonesia

b. Sdr Ab.Majid Bujang (Purba Selangor)

c. Prof. Dr Wan Abdul Kadir APM/UM

d. Prof Dato' Latif Bakar UM/ISMA/GAPENA

e. Prof Dr Abdullah Zakaria Jab. Sejarah UM

f. Wakil Jabatan Kebudayaan Negara

g. Wakil PADAT Selangor



Penyertaan adalah percuma.



3. Pertandingan keris antik

tiga kategori

a. Pandai saras berpamor dan tak berpamor

b. bugis berlok dan tak berlok

c. Alang berpamor dan tak berpamor



Bayaran penyertaan dikenakan RM20 sebilah dan tiada had penyertaan

dikenakan.



Semua persatuan dan individu dijemput hadir

untuk maklumat lanjut, hubungi:



1. Sdr Ab.Majid Bujang (YDP Purba) 0192309016

2. Sdr Shaharim Ariffin (JKuasa pertandingan) 0193357620

3. Sdr Mohd Ramli Raman (JKuasa Seminar dan Forum) 0122910074