hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Friday, April 30, 2010

tajung raman


panjang bilah antara 7.4inci-8.inci
hulu sampir kayu kenaung
empu/pengukir dari raman/pattani thailand
(SOLD)

Wednesday, April 28, 2010

tip memilih kayu kemuning

ramai yang terkeliru bila memilih kepingan kemuning apabila memilih kepingan yang masih muda kerana warnanya yang lebih menyerlah dan plotnya yang lebih jelas. kemuning pokok muda hanya berteras sekitar usia 40 tahun. suatu hal yang harus dipastikan bahawa ianya benar-benar kering kerana proses pengering yang baik akan memakan masa antara 5-10 tahun dalam suhu bilik yakni 22-24 darjah. namun kebanyakan yang ada di pasaran adalah potongan kemuning yang langsung dipotong dari pokok hidup atau baru ditebang. namun begitu, sprayclear adalah salah satu langkah pengawetan untuk mengelakan kemuning pecah. jadi belilah kemuning yang telah disprayclearkan.

cuma kemuning yang telah disprayclearkan amat berbahaya untuk dijadikan ubat atau minyak urut kerana mengandungi racun. jadi sisa-sisanya tidak lagi dapat digunakan. ini merugikan kerana seluruh bahagian pokok kemuning mempunyai khasiat dari segi perubatan tradisional atau moden.

untuk tujuan ini juga disarankan mendapatkan kemuning dari pokok tumbang atau tua yang usianya melebihi seratus tahun.kemuning pokok tua lebih kuat dan tahan dari retakan kecuali dilatakan di tempat panas. serat dan plotnya lebih halus dan ianya lebih berat, amat sesuai dibuat hulu atau sampir, walaupun kerja mengukirnya lebih sukar tetapi ianya lebih cantik dan halus. ini juga bersesuaian untuk senjata tikam bahawa bahagian hulu keris harus lebih berat berbanding bilah keris atau parang dan senjata lainnya sesuai dengan konsep hunus tikam, tetak libas..

Monday, April 26, 2010

sampir hulu untuk dijual

sampir saribulan untuk anak alang RM250

sampir terengganu RM350


sampir bugis RM450
untuk detail call 0122910074

Wednesday, April 21, 2010

pesanan ayah

pembawaan, istilah Melayu yang cukup kuat dan tepat dari segi menempatkan diri dalam masyarakat. kalau kita tidak berduit, tak perlu banyak memberikan pandang kerana orang tak akan kesahkan kita pun. pandangan kita itu hanyalah dianggap sebagai omongan kosong sahaja, malah lebih baik pandangan kita itu digunakan untuk diri kita sendiri. menyedari diri kita miskin sudah selangkah maju ke depan....jadi kita tidak lagi miskin untuk menjadi kaya..ini pesanan ayah ambo

Tuesday, April 20, 2010

seksanya menjadi budak sekolah

mmungkin kita tidak pernah terfikir bahawa menghadapi dunia persekolahan cukup memenat dan mmeningkan kepala, terlalu terseksa dan menderita. orang tua hanya melihat seseorang sewaktu mereka ketawa tetapi pada hakikatnya mereka menangis setiap hari. apatah lagi dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. dengan berbekal duit seringgit dua dan mungkin tidak ada langsung wang saku mereka hidup dalam kelaparan sepanjang hari, menelan air liur apabila sampai ke sekolah waktu pagi, melihat rakan-rakan menikmati nasi lemak, nasi berlauk, mie goreng dan seumpamanya dengan segelas teh tarik atau milo panas. waktu rehat pula menelan pilu melihat rakan-rakan dengan lazatnya menjamah nasi berlaukan ayam goreng atau daging, lalu dia ke paip air menogoknya dengan lahap sekali.

apabila pulang dia sekali lagi menahan perit kerongkong melihat rakan-rakannya menjilat, mengulum dan menyedut aiskrim, dia melangkah pulang dengan longlai kerana sejak pagi lagi belum ada apa yang terisi dan terjamah dalam perutnya. nampak pokok jambu batu di tepi jalan, dipanjat diambil dan dimakan, nikmat sekali walau rasanya sedikit kelat. itulah rezekinya pada hari itu. dia anak orang miskin di kampung zaman-zaman dulu.

zaman telah berubah, kini telah ada makana tambahan di sekolah dan dibekalkan dengan seringgit dua oleh ibu bapa. namun rmt itu sendiri tidak banyak membantu kerana kos yang beberapa puloh sen, kalau nasi lemak, ikan bilisnya hampir tidak ada langsung, kacang goreng boleh dibilang dengan jari telornya pula potong lapan. duit yang dibekal ibunya dua ringgit hanya cukup untuk air mineral botol kecil. hidup mereka terus lapar sepanjang hari, apalagi pada setiap rabu ada ko kurikulum sampai ke petang. kalau dia sekolah petang, sekolah agamanya waktu pagi begitulah juga sebaliknya. hidup mereka sebagai kanak tidak pernah mereka nikmati. pulang ke rumah bersesak-sesak di rumah flat yang panas lagi sempit. di situlah dia di paksa belajar dalam suasana yang cukup menyeksakan.

dengan gizi yang tidak mencukupi, tenaga yang berkurangan kerana terlalu penat dan banyak menghabiskan waktu di sekolah, dia membesar dalam penderitaan kerana hasrat seorang bapa atau negara akan lahir menjadi orang yang berjaya. kebajikan dalam hidupnya tidak pernah terjaga, tumbesarnya dipaksa secara rakus untuk menjadi dewasa. dia menghadapi sakit jiwa yang parah demi mencapai impian orang tuanya, tidak pernah ada rehat dalam hidup. apabila dia sedikit memberontak, dia dipukul di rumah dan di sekolah. haknya untuk hidup sebagai seorang kanak-kanak tidak wujud lagi, semuanya kerana sekeping sijil upsr..impian seorang ibu, berjaya upsr akan ke asrama penuh, sekolah terbaik yang menjamin masa depan yang terbilang gemilang, dia tidak cukup makan kerana kemiskinan keluarganya, tidak cukup rehat dan tidor kerana cita-cita dan impian orang tua, dia terpenjara kerana sistem yang diwujudkan negara.......

Thursday, April 15, 2010

wafak untuk lelaki

wafak ini digunakan bagi lelaki yang lemah tenaga batin. cara penggunaannya ditulis pada sehelai daun sireh yang bertemu urat lalu dimakan sebelum melakukan hubungan jenis atau jimak.
manakala bagi lelaki yang hypersex pula yang mempunyai isteri lebih dari seorang wafak di atas ditulis pada bantal setiap isterinya sebelum melakukan hubungan seks dan ianya dipercayai bahawa setiap isterinya akan hidup berkasih sayang dan tidak mencemburui antara satu sama lain.

berdasarkan dua jenis wafak di atas, pengaruh wafak terus wujud dalam sistem kepercayaan melayu walaupun mereka telah menganut agama Islam ratusan tahun yang lalui. huruf-huruf atau aksara arab ini digunakan secara meluas dalam kehidupan mereka walaupun macamacam fatwa penolakan penggunaan wafak ini dikeluarkan oleh majlis ulamak, namun pemakaiannya secara langsung atau tidak langsung terus wujud. lalu timbul pertanyaan apakah ilmu wafak ini memberikan kesan keampuhannya atau sebalik. memandang pengguna dan pengamalnya yang terus berkembang, secara psikologinya, wafak telah memberi ruang kepada pengubatan secara psikologi atau terapi mental yang cukup berjaya sehingga memberi kenyainan baru kepada penggunaanya!!!!!!

Sunday, April 11, 2010

rangka dalam fikiran

hebatnya para pengukir melayu, dari sebiji hulu keris, binaan sebuah rumah, semuanya berdasarkan pelan ingatan dan kemahiran. tanpa melakar dulu di kepingan kertas, mereka telah faham peranan masing-masing, yakni dengan anggaran tertentu, tukang kayu akan memotong kepingan papan tertentu panjang, lebar dan tebal. bila sampai kepada tukang kepingan tadi dipotong, ditebuk dan seumpamanya sesuai dengan bahagian tertentu sebuah rumah iaitu tiang, dinding, gelegar yang melibatkan kasar jantang, perabung, pemelih. maka dibangunkan struktur asas, rumah bertiang empat, lapan, enam belas dan seumpamanya dan di tengah rumah itu terletaknya tiang seri. setiap bahagian pula misalnya pintu, sisik angin, tingkap, tebar layar dan seumpamanya diukir mengikut kesesuaian ukir kasar atau ukir halus motof pucuk rebung, bunga senduduk, ketam guri, bunga matahari dan seumpamanya.

hal yang sama ukur terakam pada seni tanah dan seramik, tenunan songket, canting batik dan juga seni kerawang pada logam seperti emas, perak, tembaga dan suasa.

kerana rangka dalam fikiran ini jugalah, sesuatu kemahiran dan teknik-teknik tradisi itu terus hilang apabila tokohnya meninggal dunia. ini berbeza dengan dengan cara moden, segala-galanya berdasarkan pelan, lakaran yang sistematik, jika tidak ada kemahiranpun seseorang itu boleh meniru, mempraktikan dan seumpamanya. walaupun tidak mempunyai objek yang sebenar, seseorang masih lagi boleh mengukir atau sebagainya kerana telah tersedia pelan, lakaran ataupun struktur binaannya.

Friday, April 9, 2010

hulu untuk dijual

                                             satu set dua biji hulu kemuning hitam dan emas RM250
satu set dua biji hulu RM450

satu set huku dua biji RM350
harga senua huuu di atas sudah termasuk poslaju untuk semenanjung shj.
berminat call 0122910074

Thursday, April 8, 2010

pekakkan telinga butakan mata

dalam hidup ini kita takkan terlepas dari umpat keji, maki hamun, caci cerca dan macam-macam lagi. kadangkala kita sendiri tidak tahu puncanya. malah apa yang kita dengar umpatan orang tentang kita itu tidak berasas samasekali, ada yang dalam bentuk menghina dan merendahkan martabat sebagai manusia, bersifat hasad dan dengki, tak kurang pula hasutan dan fitnah. semua amat menyakitkan dan menyayat hati. namun akuilah bahawa kita tidak pernah sempurna, kita juga tidak terlepas dari pandangan orang, anggaplah semuanya asam garam kehidupan, yang penting kita tahu kedudukan kita, kita juga sentiasa berada dijalan yang benar mengikut agama, tak perlu gusar, marah-marah dan berdendam. dengan cara ini kita tidak akan merasai kesakitan dalaman. pekakkan telinga dan butakan mata, akan memberikan ketenangan dalam hidup dan daya tahan kita untuk terus hidup semaki kukuh dan ampuh....

Wednesday, April 7, 2010

terapang

panjang keseluruhan 33 inci
panjang bilah tanpa puting 27 inci
sampir dan hulu kayu kemuning bertatah perak
SOLD

Monday, April 5, 2010

tak cukup waktu

perkataan ini sering kita dengar dari mulut anak-anak kita exam tak kira yang pmr, spm, stpm dan juga di universiti. kenapalah agaknya? Apakah soalan itu terlalu mudah sehingga harus disediakan jawapan yang panjang, atau kerana soalan itu terlalu susah sehingga banyak waktu yang habis untuk berfikir. Persoalannya sekarang, apakah kita dah cukup bersedia, atau berdasarkan jangkaan soalan spot, atau apa? Hakikatnya sepanjang hidup kita tak pernah ada kerangka kerja (framework) dan pengurusan waktu (time management)..inilah persoalannya sehingga tanggungjawab terhadap diri dan Allah juga sering terabai kerana tak cukup waktu, pada hal banyak waktu yang disia-siakan...

Thursday, April 1, 2010

hulu sampir baru

kayu kemuning emas
untuk bilah 13 inci ke atas
pendokok tembaga terengganu
harga RM480