hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Thursday, August 2, 2018

                                                   tasbih 100 teras terpilih saiz s

Thursday, April 19, 2018

KERIS SEBILAH PESANAN TOK WAN

KERIS SEBILAH PESANAN TOK WAN

Kata tokwan dan pesannya pada lie stana
Biarlah ada sebilah keris berpayunglah di bawah namumu lie stana
jadilah mu tok wak peran tua awang sejambul lebat
halus pekerti rendah budi,pandai jaga diri bila kecek bahasa santun dan lembut
bila marah senyum menguntum manis
bila sedih akal mu jernih bak embun pagi
bila rindu dendam doa penuh kasih sayang tajam mata memandang, telus telinga mendengar.
peringat tokwan lagi
biarpun kerismu besi tujuh pa dititik tempa selasa 14 haribulan muharam
berhulu jawa demam kayu kemuning mati ppanoh lintar
bersampir gadinggajah raja tujuh keturunan dokok tembaga telor ikan bersimpul rahmat
jangan mu hunus pada sobat taulan jangan mu acu pada nak bini, kelak celakalah keturunanmu
dengan asam limau bertujuh biji dari air sungai bertujuh kuala
kau redam dan rendam imarahmu mu buanglah daki karat hati hitam legammu
biar putih bersih bak kapas biar keris jadi kuat,
tak rapuh dan berkarat seperti otakmmu nanti seperti keris yang comel dan molek
gah memiliki, sedap dipegang tak tercabut ketika bertikam
kalu buat bomoh, hantu saka habis lari kalu selit pinggang mulah raja, pendekar dan pengantin
kalu nanti terpaksa menikam,
jangan matikan musuh mu
biarlah mereka sempat mencari penawar dan bertaubat di atas dosa-dosa masa lalunya.
katanya lagi mu lie stana simpanlah sebilah keris penguat semangat anok jantan kalu hidup biarlah berjasa kalu mati biarlah bernama
umkl17.42018

nak jadi bomoh

Anak kecil saya bertanya..kerjaya apa yg paling menarik di zaman ini? Saya jawab kerja bomoh..sambil saya senyum..ternganga mulutnya..saya kata mula mula masuk universiti ambil kursus sains sosial terutamanya bidang sosiologi dan antropologi atau bidang budaya.dari situ aksn memahami masyarakat. Ada bidang khusus yakni perubatan dan perbomohan melayu.segala penyakit dan perubatan diajar lebih kurang macam doktorlah..cuma doktor lebih banyak habis waktu diklinik atau ug berkaitan dgn klinikal.
Kemudian belajar lagi dgn mencari bomoh bomoh terkenal untuk mendapatkan kaedah atau metode nerawat pesakit sambil.melakukan research tentang ubat dan prosesnya..bersambung...secara dasarnya bomoh perlu memahami 3 jenis penyakit yakni;
1. penyakit fizikal, penyakit tubuh badan yg disebabkan faktor pemakanan, aktiviti harian, perubahan cuaca, misalnya keracunan makanan, panas sejuk perubahan cuaca, patah luka, bersalin dll.
2. kiriman dan hantaran seperti sihir, hantu dan jin, santau, tuju tuju dll
3.penumpang dan saka, entiti yg menumpang seseorang, serta entiti warisan ibu bapa dan tok nenek seperti hantu raya, pelesit dll.
sama seperti seoramh doktor, seorang bomoh, dukun dan pawang, secara hairakinya seorang bomoh adalah Hospital Ast, manakala seorang dukun adalah MO, medical officer dan pawang adalah doktor sepesialis atau pakar akan melakukan anilisis sejarahnya pesakit dan penyakit, dgn bertanya berapa umor, duduk mana, makan apa dll, kemudian akan dilakukan diognosis dan menentukan penyakit serta yg terakhir akan melakukan rawatan atau cure. mudah bukan dan sekaligus profesional.
ambo ghoyak lagi, nak jadi bomoh mesti ngaji Al Quran biar sampai bbalik atau nnamat, biar tahu harakat yg betul dan benar, uslub balaraghnya, taranum dan tajwidnya serta yg lainnya. Biar faham sejarahnya, biar jelas usuluddinnya, dll. Barulah bomoh yang baik. Disamping itu kena faham dan cerap metamatik serta aksara. Bahasa arab biar faham sikit-sikit kalu tokleh banyak pong. Ini kerana:
Islam dan Ilmu Hikmah mengikut Imam Malik ialah ilmu mengenal agama ( al-adin) dan beramal dengannya. Manakala Ibnu Sina dalam Risalah al-Tabi’iyyat menafsirnya sebagai penyempurnaan jiwa insan dengan tasawur/tasauf dalam segala kegiatan yang berkaitan dengan teori (nazariah) dan amalan/amali (amaliah) yang melibatkan kefahaman (al-fahm), tulisan dan kitab ( al-kitabah), kebaikan agama dan dunia, ibu segala kebaikan (abu salih), kenabian (al-nubuwwah), ilmu laduni (ilmu anugerah) dan banyak lagi hal-hal yang berkaitan dengan amal makruf nahi mungkarnya.
kata ambo lagi;
pengetahuan aksara dang matematik amat penting kerana Sistem nombor atau akrasa yang digunakan menggunakan konsep huruf-huruf al jummal sistem abjad hawwaz. Sistem ini menggunakan huruf Arab atau Jawi mengikut tertib alif, ba..jim, dal, ha, wa zai…ya. Nombor-nombor ini pula ditafsir mengikut mazhab Phitagoras bagi tujuan ilmu kasih sayang, kebal, pelaris, seksologi, penunduk, penjauh, pendinding diri dan ilmu kiriman.
Anak ambo mencelah: Hantu dan kayu lagumana pulok ayah? Terkejut ambo, katanya lagi ayah dok kaji dan jual kayu, dan hok mari ghumoh, rupo mereka pelik-pelik walaupun mari dgn mercedes, BMW dan proton. Ambo gelak hahahaha khehkhehkheh hehehe. koho-koho ambo jawab. Secara sainstifiknya kayu-kayu tu ada konten kimia yg boleh memberikan tindak balas kimia kepada tubuh badan manusia dan ada juga yg memberikan tindak balas negatif misalnya menghentikan denyutan jantung, mendatangkan strok, kebas, tidak bermaya, malah hok baik tu akan memberikan ketenangan, kesegaran, tenaga dan mengurangkan rasa imarah..Kata ambo lagi, supo batu permata jugok, kalu zamrud dan delima tu molek ore jate pakai, kerana warnanya yg hijau tu memberikan ketenangan, sejuk mata memandang dan memberikan energi semulajadi, delima pula yg merah hati tu lebih bersifat romantik..hoktu hok hok ayah tahu..hok lain jangan tanya.
berbalik pada kayu, hok berahi menanam pokok tak kira pokok buah-buahan atau hiasan taman lain corak muka dan perlakuannya, hok minat kayu-kayu terpilih seperti larak salah, ninong termasuk yang tunggal, sulor bertam, keluat dan bujang kalak biasanya mereka tu nampak samseng, bengis dan gedebe, manakala hok minat dan menggunakan kemuning termasuk kuning dan hitam, penawar hitam dll lebih cool bertenaga, relak, tenang dan dan nampak sihat perkasa, manakala yg menggunakan gemunggal sedikit berkenyakinan tetapi kelihatan letih. Kenapa letih ayah, tanya anak ambo lagi. Ambo ghoyak, di India gemunggal digunakan sebagai penapis air, segala zat dalam air habih kena sedut, jadi logiknya bila hok menggunakan gemunggal akan sedikit sebanyak tersedut energinya. Tok bomoh melayu lama dah mengetahui hal ini. Sebab tu mereka menggunakannya untuk mengubati keracunan, santau dll. tetapi penggunaannya berjadual. Ianya menyedut segala racun dan juga gizi dlm badan manusia, sebab tu jugok tok bomoh memantangkan makan daging kerana daging akan menghasilkan lemak dlm tubuh badan, jadi racun tidak dapat disedut keseluruhannya.
Bakpo pulak memberikan ketengan kepada pemakaiannya misalnya permata, tongkat atau pendant. Ambo jawab, sesetengah orang dgn memakai gemunggal akan kebal aktraktif, kebal kulit dari sebarang asid, dari sebarang senjata tajam. Tapi awas tidak semua orang..testlah dulu, hal yg sama juga termasuklah kemuning hitam dan penawar hitam.
pahtu, tanya anak ambo lagi, bakpo sesetengah nnate takut dgn kemuning hitam dll. Ambo ghoyak seperti manusia, sesetengah kandungan kimia yg terkandung dlm kayu tu menyebabkan nnate elergik, misalnya kerana bau dan kandungan kimianya menyebabkan ular elergik dgn kemuning hitam, kalu hulor kayu kemuning hitam, ular jadi lembik dan meleleh racunnya keluar dari taring misalnya ular senduk, kate tebu dan cak raya. Hok nie jangan tanya ayah nama sainstifiknya kena tanya ustadzt google, hahahaa. Sama halnya dengan kayu tas, gajah akan patuh walaupun seberat mana balak dia akan tarik, sama halnya dgn besi sa, bukan hebat besinya tetapi konten kimia dan campuran besinya menyebabkan gajah patuh walaupun telinganya koyak rabak darah melecer.
Hantu lagumana pulak? Huih banyoknya tanyo!! Hantu juga adalah suatu bentuk kehidupan yg ada kelemahannya, ada wave dan heatingnya. Kalau kita tengok via infrared, atau green infra dll teknologi pandang mata harini, ada wave yg menolak dan menarik, ada yg ke atas dan ke bawah. Tok fahamlah ayoh, mmudoh dak sikit, ore nie baru kelas 4..Hahahaha terlupo ambo, bila bui motivasi ko anok anok serupolah anok tu dah dewasa. Ini sering terjadi dgn profesor di universiti yg terlupa anak muridnya setahun jagung, sedangkan dia dan berpuloh tahun dlm bidang tersebut dan seringkali salah tanggap anak muridnya tu terlalu bodoh dan naif. sama dgn ustadzrt kalu ngajar ngaji dia kata blako anak muridnya tu keras lidahlah, gelap hatilah, make mugo koksir kokdan.
Hantu dlm dunia melayu tu banyak dik, macam-macam, ada tiga jenis pertamanya hok freelance yang bebas hidup diluar sana termasuklah hantu pari, langsuir, polong, pocong dll. Hantu kreasi yakni yg dicipta oleh manusia sesat seperti anak kerak, toyol, hantu...ah berdiri bulu roma ayah dek..sebab tu ayah takjadi tok bomoh sebab ayah takut hantu hahahaaa..hantu yg ketiga adalah hantu warisam atau pusaka yg oram sebut juga pusaka, ianya dari kelompok pertama dan kedua yg dimiliki melalui warisan yg diturunkan dari tok kepada anak cucunya yg ada "janjinya", misalnya hantu raya biasanya dipelihara oleh oram lelaki untuk jaga harta benda dan memuaskan seks isterinya, atau pelesit yg dijamukan dgn telor bawah rumah, biasanya dipelihara oleh orang perempuan yg salah satu fungsinya memuaskan seks suami...ayah nak buat hantu macamana...la budak nie!! nanti boleh jual kan tu kerja senang ayah, takyah guna bangla jadi jaga...Hahahahaa binawe anak aku nieh!!!!.oklah kita ambil anak kerak sebagai contohnya.. mudah sahaja kena bawak seekor anak kera dibunuh waktu magrib hari rabu, menghadap ke laut, kemudian panggil roh dari laut, dan diulang-ulang bbeberapa kali, disamping dijemur bangkai anak kera tu sampai hitam, lama-lama nak kera tu jadi hidup, guna dia buat mengganggu madu sang isteri muda atau tua..makan pinggang siku lutut dan ubun-ubun kepala sehingga lumpuh, hilang ingatan sehingga membawa maut, rupanya sebesar budak umor lima tahun, hitam legam, nakal dan buat, jahat dan zalim, matanya merah bersinar, mulutnya huduh...booolah ayah adik dah takut nie...sambung semula, adik toksir jadi tok bomoh hantulah, kalau boleh adik nok jadi tok bomoh orang hilang barang macam cerita p ramlee tu nujum pak belalang........

Thursday, April 12, 2018

                                                      krissana 2018 CS Hotel Pattani Thailand