hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Saturday, January 30, 2010

geliga lipan

siang tadi ambo didatangi dua orang tetamu. biasalah sebagai peniaga kecil-kecilan kayu kemuning, keris sebilah dua, pendokok empat lima biji, sentiasa dikunjungi orang. kunjungan dua orang yang tidak dikenali ini ambo sambut seperti biasa sebagai tetamu dan seperti biasa jugadihidangkan kopi segera dan air mineral dlm botol. cara mudah kerana isteri ambo seorang guru dan juga student.

dia mengeluarkan sebiji botol yang bertutup dengan kain hitam. kecut juga hati ambo, manalah tahu nak jual jin ke atau jenis-jenis hantu..dia buka botol, terkejut juga ambo sekali lagi, di dalamnya adaseekor lipan sebesar ibu kaki dan panjangnya sekitar lapan inci. terfikir dalam hati, gila betul manusia nie, lipan pun dipelihara. dia menunjukkan sesuatu pada mulut lipan tadi, kelihatan sebuji batu sebesar biji beras. maka ambopun bertanya macamana dia dapat geliga sekali dengan lipan. jawabnya bertapa.

menarik juga ceritanya.lalu ambo tanya dia nak jual berapa, jawabnya RM1 juta. Hampir pengsan ambo. Nasib baik tak de darah tinggi dan lemah jantung kalau tidak terpaksa diusung dengan ambulan ke hospital.
Katanya lagi geliga ini boleh guna macam-macam, boleh buat narik duit, boleh jadi kebal, pendek kata semuanya boleh. katanya lagi tawaran yang dibuat pada ambo tu murah kerana kalau dijual di luar mungkin harganya 3 juta. manalah ambo ada duit sebanyak itu. gaji ambo sepanjang hayat put tak sampai.

ambo kata kenapa nak jual, kalau dah boleh panggil duit, emas dan sebagainya. dia jawab barang keras, mereka tak mampu menjaganya. ambo jawab, boleh cari tok guru untuk mengawal jika barang tu keras. kata mereka, mereka bukan kaki sembahyang, jadi tak sesuai. terfikir ambo apakah orang yang cukup iman, beramal soleh memerlukan barang seperti ini? renung-renungkanlah....

12 comments:

Anonymous said...

geliga lipan khasiatnya tembus pandang je....sbb tu kaki judi minat. Harganya xde la sampai 1 juta...paling tggi den pernah dengau org offer 50k je. Nak jaga geliga tu lak...xde le payah sgt..cukup mkn minum ok le khadamnye! kehkehkeh

ramliraman said...

macam-macam cerita...setakat hok ambo tahu takdelah yang kaya rasa kerana simpan geliga lipan sebaliknya along dan tokey judi yang kaya raya...

Anonymous said...

betol..betol...betol abe meli :)
kalau den dapek la geliga lipan ni...den nak dok kek KLCC tgk awek2 cun...perghhh meleleh air liuq! heheehhe

Anonymous said...

kalo masih ade org tu yg jual geliga lipan..sy ade pihak mampus menebusnyer..ni col sy...0136201710

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Suami pernah memceritakan semas kecil dia digigit lipan dan kebetulan jirannya yang menimpan geliga lipan telah mengubatinya dengan melekapkan geliga tersebut ke bahagian yg digigit lipan dan batu itu melekat. Batu itu seakan menyedut bisa lipan itu dan setelah beberapa lama... batu itu kemudiannya jatuh sendiri... dan sakitnya pun hilang. Sejauh mana kebenarannya... sayapun x pasti.

syed hafiz al-attas said...

Saya ada geliga lipan sepasang. Di berikan oleh seorang org tua. Mahu dimaharkan. Dijaga rapi (di bagi makan gaharu mawar, disapu minyak zafran , dan di tapakan ).untuk tebus pandang tak sure. Tapi bila diletakkan air di tangan dan ditarik ke siku geliga itu akan ikut. Bila menyentuhnya akan rasa getaran seperti terkena elektrik. Boleh call saya di no 0148156668. Sekarang saya berada di sibu sarawak

ijad23@gmail.com said...

Geliga ni memang leh wat bjudi dlm kajian hamba memang ianya brkhadam..tp judi yg kita men xbole tamak ckup dgn limit yg dtetapkn kalo tamak memg xmenjadi...maka khadam yg hadir tdk dketahui dr samada dr jin islam,kafir atau jin Qarin..Allahhualam..

Anonymous said...

saya ada sebutir geliga lipan.. jarum emas sepasang. dan batu didalmnya ada serbuk besi kuning kott.... berminat call 0176560351.... boleh datang tgk jika berminat... nk d lepaskn sbb x tahu nk guna.. n x minat..

tigerb merah bongsu said...

Macam mane nak keluarkan geliga lipan ni... saya ada tangkap 3 ekor lipan besar.... mohon jawapan

Unknown said...

Assalammualaikum..sye dah lame mencari geliga lipan nie..yg penting tembus pandang..sape2 yg menjual geliga lipan tembus pandang boleh call saye atau sms ke no 0167262519..harga nnti di bincang kan..sblm nk beli kene test keaslian nya dlu..

Unknown said...

Hy..sye da lame cari geliga lipan tembus pandang nie..sape2 yg nk jual call atau sms sye ke 0167262519..sblm beli kene test dlu keaslian nye..

Unknown said...

Kkk