hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Tuesday, January 31, 2012

sengsara sebagai seorang lelaki

dahlah di luar hidup tanpa rakan-rakan, di rumah pula dok perang dengan bini, dunia tanpa warna...sepinya hidup seorang lelaki???

Friday, January 27, 2012

keris for sale

7



hulu sampir kayu kemuning/khusus sampir blak dicipta berdasarkan teknik cantuman kayu, panjang keseluruhan 18 inci, panjang bilah tanpa puting 13.5 inci, bekas guna seminar,pameran dll.

keris for sale





panjang keseluruhan 22.5 inci, panjang bilah tanpa puting 15.7 inci, hulu sampir kayu kemuning, batang serunai kayu sena..semua baru berusia 2 tahun, bekas guna untuk research, seminar dll



Monday, January 23, 2012

alang beralang for sale





hulu tapak kuda perak lama
pendokok lama
bilah tua
sampir kemuning emas baru
detail call 0193632584

Sunday, January 22, 2012

berbicara tentang identiti bangsa

kalau berbicara tentang kenegaraan sampaikan ke peringkat idealisme abstrak, begitu begini, itu yang baik itu yang buruk, semua yang dibuat orang itu tak betul tak kena, harus mengekalkan budaya tempatan, budaya melayu. berkeris melayu dsbnya namun bila berbisness, mencari keuntungan barang seberang yang dimelayukan!!!

Saturday, January 21, 2012

cukup beragama tak cukup beriman

setiap hari, jam dua petang, ambo antar anak ke sekolah agama berdekatan dengan tempat kerja ambo. pada hari khamis lepas seperti biasalah, masuk pintu pagar masjid dari jalan besar menuju parking, kereta ambo terhalang oleh sebuah teksi, biasanya masing-masing undur, tapi hari tu ambo tokleh undur ke belakang sebab ada dua tiga buah kereta dan beberapa buah motorsikal yg menghalang, ambo tunggulah kut-kut teksi tersebut berundur atau seumpamanya..namun sehingga dua tiga minit dia berkeras tanpa beranjak, tiba-tiba seorang pembonceng mengetuk pintu teksi dengan marah-marah..ambo terdengar kata-kata dengan nada suara keras "cukup beragama tak cukup beriman", pemandu teksi tersebut terus berundur...

Friday, January 13, 2012

hilang

setiap hari ada saja laungan perjuangan mengangkat martabat bangsa. namun setiapl aungan itu ada saja benda yang hilang dari bangsa ini. hak untuk belajar semakin sempit bila ipta mengurangkan jumlah pengambilan pelajar tempatan semata-mata mengejar ranking dgn memberi tempat kepada pelajar antara bangsa yang yurannya jauh lebih murah. ada institusi-institusi yg bersifat melayu digabung dan dikecilkan demi menjaga hati orang lain. ada saja tanah-tanah rezab melayu dibangunkan kondo mewah. ada saja jawatan-jawatan tertentu bertukar tangan kepada bangsa lain. ada saja peruntukan yg selayaknya untuk melayu disalurkan ke daerah asing. ada saja ruang dan p[eluang dibuka seluas-luasnya sehingga melayu tak mampu mengejarnya..hak melayu terus mengecil dan mereka terus terpinggir kerana pembunuh mereka adalahmelayu juga!!