hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Tuesday, January 25, 2011

gantikan dendam dgn doa

setiap kali terasa sakit dan sebak dada akibat fitnah dan rasa teraniaya, saya akan membaca doa tak kira sewaktu selepas solat atau pada bila-bila masa. akhirnya dendam bertukar doa, dan memperolehi ketenangan, sehingga segala rasa dendam dan sakit itu hilang, malah hidup makin bermakna dan bermanafaat kepada diri dan keluarga.

buku keris bali bersejarah

Sunday, January 23, 2011

jangan mengeluh

jangan mengeluh...kalau letih berehat saja..hentikanlah aktiviti yang melelahkan jika ianya tidak memberikan apa-apa pulangan.

sampir n hulu tajung nak jual

sesuai untuk keris 15 inci ke atas
sampir kayu kemuning
batang serunai sena
hulu tajung tatah perak















                                         Dua sampir dan satu hulu tajung RM1200
                                         berminat sms/call 0122910074

Wednesday, January 12, 2011

Pandai Saras Lok 9 Dijual


harga RM2700
Sampir kemuning (lama)
hulu kenaung (lama)
bilah (tua)
daerah asal Pattani
berminat call 0122910074

Monday, January 10, 2011

membeli keris

mungkin untuk memperolehi sebilah keris lebih murah di blog-blog atau laman lelong antarabangsa berbanding membeli keris di negara sendiri. ini benar sebilah keris jawa tangguh mataram pamor ngulit semangkan hanya berharga 1.5j rupiah. apakah harga ini benar? tentu tidak masuk akal..itukan dah ratusan tahun usianya. dan pasti menjadi barang rebutan para kolektor seluruh dunia apatah lagi di indonesia sendiri.
sudah pasti keris tu fake dibuat dari besi kualiti rendahan digunakan ekzos motor honda dijadikan pamor, kemudian dicampur dgn beberapa jenis asid, maka tualah keris tadi.

membeli keris-keris dari eropah juga tidak memungkinkan sesuatu yang terbaik kerana cara dan citarasa masyarakatnya berbeza misalnya rawatan keris disana menggunakan w40 dan kertas pasir kerana mereka suka bilah yang licin dan berkilat.bagi kita di sini bersih keris masih menggunakan cara tradisi iaitu direndam dalam kelapa atau limau nipis serta juga buah-buah asam yg berasid, dikeringkan dan disapu minyak cendana dan seumpamanya....maka keris kita lebih bernilai keris..

jadi berhati-hatilah membeli keris, lihatla dan peganglah bilah dgn mata sendiri bukan hanya berdasarkan gambar yg difotoshop atau seumpamanya, jangan tertipu dgn individu2 yg bersandarkan kepada pengayuban atau persatuan..belilah keris yg telah berada di negara anda sendiri..kalau tertipu kita tahu siapa penipunya.

Friday, January 7, 2011

lebih baik diam

kadang-kadang terasa juga sakit, kecewa,malu dan sebagainya bila seseorang menghujat dan menghina kita. terasa juga nak balas, namun bila berfikir secara waras sebenarnya kita tak rugi apa dan tak juga untung. berdiam diri bukan bererti kita penakut atau kecundang. malah kita lebih tenang dan relaks. dalam pada itu yang menghina dan menghujat kita akan lebih "sakit dalaman" jika kita tidak memberi reaksi apa-apa terhadapnya....