hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Monday, January 10, 2011

membeli keris

mungkin untuk memperolehi sebilah keris lebih murah di blog-blog atau laman lelong antarabangsa berbanding membeli keris di negara sendiri. ini benar sebilah keris jawa tangguh mataram pamor ngulit semangkan hanya berharga 1.5j rupiah. apakah harga ini benar? tentu tidak masuk akal..itukan dah ratusan tahun usianya. dan pasti menjadi barang rebutan para kolektor seluruh dunia apatah lagi di indonesia sendiri.
sudah pasti keris tu fake dibuat dari besi kualiti rendahan digunakan ekzos motor honda dijadikan pamor, kemudian dicampur dgn beberapa jenis asid, maka tualah keris tadi.

membeli keris-keris dari eropah juga tidak memungkinkan sesuatu yang terbaik kerana cara dan citarasa masyarakatnya berbeza misalnya rawatan keris disana menggunakan w40 dan kertas pasir kerana mereka suka bilah yang licin dan berkilat.bagi kita di sini bersih keris masih menggunakan cara tradisi iaitu direndam dalam kelapa atau limau nipis serta juga buah-buah asam yg berasid, dikeringkan dan disapu minyak cendana dan seumpamanya....maka keris kita lebih bernilai keris..

jadi berhati-hatilah membeli keris, lihatla dan peganglah bilah dgn mata sendiri bukan hanya berdasarkan gambar yg difotoshop atau seumpamanya, jangan tertipu dgn individu2 yg bersandarkan kepada pengayuban atau persatuan..belilah keris yg telah berada di negara anda sendiri..kalau tertipu kita tahu siapa penipunya.

2 comments:

kaiban said...

benar kata2 Tuan,harga disini amat jauh berbeza dgn negara jiran kita,bg ambo tepuklah dada,tanya selere,lihat dalam poket,

jgn terlalu taksub dgn besi buruk nie udah ke,wlaupun dihati amat meminati keindahan seni dan rahsianya.

bani Jawi said...

Good comment