hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool

Monday, September 26, 2011

kemuning keping dan batang for sale: RM780






panjang kemuning 25-45 inci
lebar 4-6 inci
tebal 2-2.5 inci
berat 4 batang 31 kg

percuma sena potong 3 keping
panjang 25-48 inci
tebal 2-4 inci
lebar 5-8 inci
berat 3 keping 20 kg
tiada penghantaran
berminat call 0193632584

Thursday, September 22, 2011

bila bos takut anak buah!!!

terkejut saya bila dengar cerita seorang pengarah   menasihati salah seorang ketua jabatan di bawahnya agar tidak berkawan dan duduk minum dgn orang itu staf ini kerana dianggap "berbahaya". Kenapa takut begitu sekali? Jawapannya kerana dia sendiri tidak mempunyai kewibawaan, tidak terkenal, menjadi pengarah pun kerana mengampu, menjatuh dan "membunuh" orang lain lalu dia dilantik sebagai pengarah. Kalaulah dah jadi pengarah kenapa harus takut? Kerana banyak "dosa-dosa" lalu yg dilakukan! Apatah lagi jawatan tersebut terutamanya di institusi pengajian tinggi bukan jawatan hakiki...sepatutnya seorang pengarah mengujudkan team work dan work place yg baik di jabatannya bukan menjadi penghasut dan memecahbelahkan staff di bawah pengawasannya...dalam waktu yg sama to be profesional dan berwibawa..dan janganlah tutup periuk nasi anak buah kerana dendam dan hasad dengki. jadilah seorang bos yg dikenang dan dihargai walaupun setahun dua nanti dah tak jadi pengarah kerana semua yg dibawah kini akan menggantikan anda pada waktu akan datang, dan waktu itu anda tahu bahawa anda adalah sampah kepada mereka pula..jadilah bos yg bersahabat kerana mereka semua adalah rakan sekerja anda, dan juga sekaligus penilai kpi anda...sebuah renungan

Tuesday, September 20, 2011

apa yang dicari dalam hidup!

sewaktu makan tengahari tadi saya srmpat lepak dgn dua orang profesor bekas guru dan sekaligus rakan sekerja. mereka kelihatan gelisah apabila kontrak jawatannya akan berakhir hujung tahun ini. lalu saya bertanya apakah mereka bekerja untuk mengisi sisa usia terakhirnya atau wang? Apakah usia pencen itu amat membosankan?. Apakah usia tua itu memerlukan banyak wang?. Dan perlukah meminta-minta, simpati, merayu untuk terus berjawatan? Persoalan ini terngiang-ngiang dalam benak otak. Setahu saya. seorang tua tidak lagi memerlukan wang yang banyak. Hutang rumah sudah langsai. Anak-anak sudah besar dan bekerja, biaya hidup pun tidaklah tinggi kerana ada penyakit-penyakit serangkai yang mereka hidapi, mereka berpantang, tak bpleh makan itu ini. Jadi untuk apa mereka "terpaksa terus bekerja", sedangkan pencen mereka juga tinggi.

campur tolak, mereka seharusnya lebih selesa menikmati sisa-sisa hidup berbanding saya yang anak-anak belum tamat universiti. masih memerlukan belanja yang besar, masih ada yang d ibangku sekolah, perlu bayar rumah, ansuran kereta, biaya orang tua dll. secara matematik dan angkanya, keperluan hidup yang saya tanggung jauh lebih besar, jauh lebih memening serta memitamkan kepala..

ada yang sanggup bekerusi roda untuk terus bekerja..apakah tujuannya, mengejar wang! Mengekal hidup dan status Quonya..prestij dan harkat, stail dan stailisasinya, mempertahan selera dan tastenya..semua inilah mengurangkan rasa malu, meminta-minta, jadi pengampu, sehingga terlupa maruah, akal budi, agama..merendahkan martabat diri, yang sepatutnya berehat beriadah, beragama mengukuh iman, ke masjid mencari diri dan iman..kerana sepanjang hayat usia habis dgn kerja tanpa rehat dan kelapangan hidup...yang pentingnya berjiwa besar dan mengakui hakikat bahawa kita telah tua dan nikmatilah hidup sebagai orang tua yg menghabiskan sisa-sisa hidup tanpa memikir wang dan harta lagi....

Monday, September 19, 2011

kembali bertugas

setelah menghabiskan cuti rehat terkumpul hampir dua bulan, bersambung
pula dgn cuti sebatikal selama sembilan bulan, minggu lepas sehari sebelum
cuti hari malaysia dan kemerdekaan, tepat 14 september 2011 saya melaporkan
diri, kembali bertugas..kerinduan untuk kembali ke bilik kuliah meruap-ruap.
selama sebelas bulan tu saya habiskan waktu dgn research tentang keris dan kayu
kemuning...

Monday, September 12, 2011

pandai saras RM1900

panjang 23 inci plus
panjang bilah tanpa puting 15 inci plus
hulu tajung
sampir tajung lama/kemuning
batang serunai sena/lama tanpa spray clear
pendokok perak/baru
berminat call 0193632584


Sunday, September 11, 2011

Tajul Muluk

        Taj Al Muluk (Tajul Muluk), kitab yang disusun oleh Haji Ismail Acheh ini telah disempurnakan penulisan dan penyalinannya pada hari sabtu 28 hb. Rabiul awal tahun 1306, yang mengandungi empat bahagian utama iaitu bahagian kitab Siraj Nur adz ‘Dzolam (karya Syeikh Abbas Acheh), bahagian kedua Kitab Fal (tanpa pengarangnya), kumpulan mujarrabat dan ilmu kepustakaan tradisional (tidak dinyatakan pengarangnya) dan terjemahan Hadis Arba’in (karya terjemahan Tuan Hassan Besut ibn Al-Marhum Tuan Ishak Fatani).
                        Dalam salinan Siraj Nur adz ‘Dzolam mengandungi dua bab iaitu bab pertamanya penjelasan bagaimana mengenal tarikh dan bulan-bulan arab dan dalamnya terdapat lapan fasal. Fasal-fasal di bab pertama ini lebih kepada sumber rujukan dan terjemahan dari kitab Wasilah At ‘Tolab karangan Syeikh Yahya ibn Muhammad Khatab al ‘Maliki yang berkaitan huraian mengenal tarikh bulan Arab. Terdapat juga terjemahan rujukan dari kitab Amadah at ‘ Tolabu fi Tarikh al Arab, Syamsi al ‘Ma’arif al ‘Kubra. Natijah al ‘Miqat dan Nazam Siraj al .Munir yang semuanya terkandung dalam lapan fasal bab pertamanya





                     Dalam bab dua pula terkandung sembilan fasal. Fasal pertama berkaitan dengan sirah/syarah haribulan yang disandarkan pada fahaman mazhab Jaafari (Jaafar ash ‘Shadiq}. Fasal kedua berkaitan dengan nahas di dalam sebulan berdasarkan mazhab yang sama. Fasal ketiga berhubungan dengan saat baik dan buruk dalam tiap-tiap hari dalam tujuh hari seminggu dengan peperangan atau berkelahi berdasarkan pandangan beberapa ulamak.
                      Fasal keempat pula berkaitan baik buruk setiap hari dalam sebulan (tanpa sumber rujukan). Fasal lima berkaitan satu muharam bersandarkan Syarah/sirah Natijah al Miqat karangan Syeikh Muhammad Al Marzuki. Manakala fasal enam menyatakan Rijal Al Ghaib,dengan rujukan kitab karangan Syeikh Abdul Wahab al Syarani. Fasal tujuh berhubungan ghalib dan maghlub berteraskan mazhaz Jaafari. Fasal lapan satu lagi kaedah mengenal ghalib dan maghlub atas mazhab Abu Masyar al Falaki dan fasal sembilan berkaitan mengenal kifayah suatu hayat (kehidupan) berdasarkan mazhab Jaafari.
                               Jenis jenis ilmu kepustakaan tradisional Melayu ini terkandung dalam 50 bab yang meliputi ilmu perkasih, ilmu berahi, ilmu kebal, azimat-azimat dan tangkal, ilmu nafas, ilmu gerak atau Qaf, ilmu buang baris yang berkaitan raksi suami isteri, bab isim, ilmu bercucuk tanam, firasat mimpi dan segala macam ilmu kepustakaan tradisonal yang dapat disimpulkan sebagai, ilmu kutika, katurangan, perubatan dan perbomohan, mendirikan rumah dan bangunan, racun, pertanian, seksologi dan sebagainya
                             asas rajah-rajah azimat dan tangkal banyak ditemui dalam kitab ini yang berdasar rajah angka dan huruf Yunani yang dikembangkan lagi oleh ahli-ahli falsafah Arab khususnya oleh Jabir Ibnu Al Hayyan, Ismail al Khayyali yang diadunkan pula dengan teori-toeri perubatan Jalinus dan Hipocrates yang dikaitkan pula dengan matemati Pithagoras. Nombor-nombor dan aksara disusun dalam petak-petak tertentu dalam satu kumpulan (wakaf) dan dalam beberapa kumpulan (beberapa wakaf) yang diikat dengan beberapa syarat sebelum proses penulisannya dilakukan seperti berpuasa inin khamis, puasa tiga hari, solat sunat hajat, membaca ayat-ayat Al Quran, menggunakan minyak zafron dan seumpamanya yang disertakan pula dengan pembakaran stanggi dan lain-lain lagi.