hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My Photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Saturday, September 10, 2011

panduan membina rumah masyarakat Melayu tradisi

Ada pula panduan bagi memilih tanah untuk bercucuk tanam, tempat membina rumah, berkampung atau membuka negeri seperti pembukaan Melaka oleh Parameswara di abad ke 14 seperti yang dicerita dalam Sejarah Melayu. Tanah bukan sebarang tanah sesuai untuk bertani atau membina rumah. Ada tanah kong, tanah wokmang, tanah hitam dan tidak kurang dari empat puloh jenis berdasarkan kamus orang Melayu. Setiap satunya mempunyai ciri yang khusus. Tanah kong, tanah yang kering, tanpa humus dan tidak sesuai untuk apa jua tujuan. Mereka ada cara tersendiri mengesan dan mengkategorikan jenis. Caranya mudah sahaja. Dengan mengambil sekepal tanah, kemudiannya meramas-maramas dengan tangan, jika tanah itu hancur berkecai, maka ianya tidak sesuai. Sebaliknya jika tanah itu peroi dan berair dan tidak mengotorkan tangan, tanah itu sesuai untuk dibuat tapak rumah. Ini menunjukan bahawa daerah itu daerah yang banyak matair dan kadar kelembapannya tinggi. Dengan cara ini mereka nantinya tidak akan menghadapi masalah kekurangan air untuk keperluan seharian ataupun untuk bertani. Bukan itu juga, haiwan-haiwan yang telah dijelas di atas tadi juga menjadi perecaman seperti penyengat atau burung tempua bersarang rendah membawa erti daerah itu tidak akan menghadapi masalah banjir atau sebagainya. Seperti yang pernah dikemukakan oleh Tenas Effendy (1986) antara lain:



1. Menghadap ke utara. Baik sekali, mendatangkan banyak rezeki, jarang ditimpa penyakit dan selalu hidup berkecukupan, seperti dinyatakan ungkapan lama:’ Kalau rumah menghadap ke utara, bagai menahan belat di kuala, satu dipasang dua isinya, dua dipasang empat mengena’.


2. Menghadap ke timor. Baik sekali, penghuni akan mendapat rezeki melimpah, jauh dari segala macam penyakit, seperti dinyatakan ungkapan lama :’ Kalau rumah menghadap ke timor, bagai lukah di pintu air, pagi direndam petang berisi, petang direndam malam penuh, bukan penuhnya oleh apa, penuh emas dengan urai, penuh gelak nan berderai’.


3. Menghadap ke barat. Tidak baik, penghuni bangunan selalu diserang penyakit panas dan tidak tenteram, seperti diungkap: ‘ Kalau rumah menghadap ke barat, bagai lesung batu tidak beranak, lada ada sambal tak lumat, garam sebuku tak tergiling’.


4. Menghadap ke selatan. Kadang-kadang baik, kadang-kadang tidak baik, seperti ungkapan: ‘Kalau rumah menghadap ke selatan, bagai peluntang di tengah sungai,tuah kail puntung mengena, sial kail umpannya habis’.

Pada waktu yang sama juga, sehelai daun akan dilayangkan sebagai panduan melihat arah mata angin yang nantinya diselaraskan bagaimana bentuk rumah dan jenis bumbung yang sesuai dengan konsep ‘rumah sejuk’ atau setidak-tidaknya dapat mengurangi tempias hujan pada musim tengkujuh atau musim tenggara serta mengurangkan panas kemarau ‘bulan empat’. Cara ini juga digunakan dalam ilmu bahari mereka (ilmu kelautan), sehelai daun dihanyutkan ke gigi laut. Kalau daun itu hanyut ke tengah lautan bererti waktu yang sesuai untuk belayar, jika daun tadi hanyut ke pantai bererti ada gelombang besar di tengah laut. Mereka amat mahir tentang alam, di situ bumi dipijak di situ langit dijunjung. Tidak setakat itu sahaja, ada persetujuan dan perjanjian dengan tok nenek yang mereka angkat dengan metrik aforisme dengan penunggu, hantu, jin, puaka atau penghuni alam yang lainnya yang mereka semah dengan sedulang berjamu melalui mentera yang apabila dibaca memberikan kesan magis menghubung dua dunia, ghaib dan nyata dalam konteks supernatural dan paranormal yang sebut sebagai supraintrinsik, dengan ritual ulik mayang, bagih, main puteri, ugah bubu, ugah kukur, peduan dan sebagainya dengan jamu sepaha ayam panggang, sepiak sirih pinang, sebatang rokok pucuk daun nipah, sejengkal benang lawe (benang mentah), dengan pengeras dua tiga puluh sen yang diletakan di pohon pari-pari, busut atau apa sahaja yang dianggap tempat keras atau keramat.






No comments: