hakcipta terpelihara@ Mohd Ramli Raman

Dilarang mengutip, menyalin, mencetak dan menerbitkan apa-apa dari blog ini tanpa persetujuan pengarang.





tentang saya

My photo
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Perkhidmatan dan Jualan

Menyediakan perbagai jenis kayu kemuning dalam bentuk kepingan dan batang, membeli dan menjual keris antik dan baru, pending warisan Melayu, pendokok keris, hulu dan sampir, khidmat latihan, seminar dan bengkel serta hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian Melayu

pembayaran dan penghantaran

pembayaran boleh dibuat atas nama Mohd Ramli Raman CIMB Cawangan Universiti Malaya a/c 7005179953. Bukti pembayaran hendaklah di sms atau email, barangan akan dikirim via pos laju Malaysia selewat-lewatnya tiga hari kerja. "Onhold" untuk setiap barangan hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sahaja. Pihak kemuningwarisan berhak menjualnya kepada sesiapa sahaja selepas tempoh tersebut.



Saturday, February 20, 2010

ciri-ciri kecantikan wanita melayu

membaca manuskrip atau teks-teks lama banyak sekali ilmu kepustakaan tradisional tentang kecantikan seorang wanita yang dikaitkan pula dengan selera seks dan perawakannya. Sering ditemui hidung mancung bak seludang,pipi pauh dilayang, rambut ikal mayang, leher jinjang meneguk air berkaca, bibir bak delima merkah, putih kuninng bak langsat ranum, pinggang ramping seperti kerengga, betis bunting padi, berjalan lenggang itek, jari bak kacang bendi dan lain-lain lagi.

Jika gambaran ini diberikan kepada seorang pelukis, gambar wajah yang terhasil cukup mempersonakan. Memang ayu, memang jelita, idealnya seorang wanita impian seorang lelaki. Semua simbol kecantikan ini pula dikaitkan dengan pandang dunia anak sebagai rezeki, ibu rumah tangga, tangan yang menghayun buai dsbnya.

Sebagai permulaan, saya akan hanya berbicara tentang beberapa aspek kecantikan iaitu, jari seperti kacang bendi. Yakni semakin ke hujung semakin meruncing atau tajam. Memang cantik jari yang halus manis ini. Ini sebenarnya dikaitkan vagina/rahim wanita yang semakin ke dalam semakin sempit. Semakin sempit dalaman wanitasemakin mudah hamil dan "benih" tidak membazir setiap kali jatuh/tumpah ke dalam pasti akan hamil. wanita demikian menjadi idaman lelaki, dapat melahirkan anak seramai mungkin. anak dianggap rezeki kurniaan Illahi banyak anak murah rezeki. Jika seseorang wanita lambat melahirkan anak dianggap mendatangkan aib kepada keluarga. Pada hal yang mandulnya adalah lelaki dan mereka seringkali dipersalahkan dalam hal ini.

wanita yang tumitnya tidak seperti telor dikupas, atau tumit yang pecah-pecah dianggap kelapa ditebuk tupai, manakala leher yang bergelantg pula dianggap jenis tidak setia dan curang. Berjalan seperti itek dianggap cukup sopan serta kemas pejal kemaluannya berbanding yang berjalan mengangkang di samping tidak sopan, tetapi juga telah ditebuk tupai.

Berdahi luas berdada bidang dianggap wanita yang cerdik dan mampu memberi keselesaan kepada anak dan suami. Mampunya menyelenggara rumah tangga dengan sempurna kerana dianggap cerdik dan dapat membantu suami dalam menyelesaikan masalah, di samping itu juga dikatakan dapat mendidik anak dengan sempurna.

Bertangan lebar, menjadi salah satu ciri pilihan kerana wanita yang sedemikian rupa mudah membantu orang dan tidak kedekut dalam berkebajikan.

kebanyakan yang dibicarakan ini dapat ditemui dalam cerita-cerita penglipurlara, kitab ilmu jimak, raksi, mitos-mitos kecantikan tokoh seperti  Mahsuri, Cik Siti Wan Kembang, puteri-puteri raja dan pembesar samada cerita-cerita asli tempatan atau saduran.

Konsep beuty dan beutiful bangsa Melayu itu lengkap dari segala aspek berdasarkan anatomi atau fizikal seseorang perempuan dan kebanyakan dilihat dari perspektif lelaki kerana tukang cerita, penyalin dan penulis awal adalah di kalangan lelaki......

No comments: